Puma dan Adidas : Musuh yang bersaudara?


Puma dan Adidas

peluangtercipta.blogspot.combuka minda

Adidas dan Puma dua jenama yang dikenali di seluruh dunia; wujud akibat persengketaan yang sengit. Kisah bermula di Negara Jerman ..

Hmm..aku pening jugak waktu nak taip ni..data-data yang aku perolehi agak panjang jadi aku ringkas-ringkaskanlah.”

Tahukah anda bahawa  Adidas dan Puma mempunyai  hubungan tali persaudaraan? Mungkin sedikit sangat yang tahu, jadi aku ingin berkongsi cerita disini. Aku memang dah lama tahu sebab tu aku buat entry ini khas untuk pembaca blog aku. Walaupun aku dah tahu lama tetapi mustahil aku boleh ingat data-data tentang nama dan tahun bila tu semuakan? Aku pun kenalah buat assignment merangkumi research sikit. Ok jum mula… (la baru nak mula)

Sejarah awal
Adi Dassler dan Rudolf Dassler anak kepada Wilhelm von hristoph Dassler adalah seorang pekerja di kilang kasut, manakala Pauline isterinya menguruskan sebuah kedai dobi kecil di Bandar Bavaria Herzogenaurach. Selepas tamat persekolahan, anak mereka Rudolf menyertai bapanya dikilang kasut. Apabila tamat perang dunia 1, Rudolf kemudian menyertai kilang porcellin menjawat salah satu jawatan pengurusan disitu. Tidak lama kemudian membuka perniagaan barangan borong kulit di Nuremberg.
Adolf "Adi" Dassler mula untuk menghasilkan kasut sukan sendiri beliau di dapur membasuh ibunya di Herzogenaurach, Bavaria selepas kepulangannya dari  Perang Dunia I. Pada Julai 1924, Rudolf (abang) menyertai perniagaan kasut ini. Gebrüder Dassler Schuhfabrik(Kilang Kasut Dassler Brothers) adalah nama perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua beradik ini.

Kejayaan dan kemasyuran bermula
Sukan Olimpik Musim Panas  1936, Adi Dassler memandu dari Bavaria pada salah satu lebuh raya yang pertama di dunia dari kampung dengan beg yang penuh dengan pancang Olimpik dan memujuk pelari pecut Jesse Owens (Amerika Syarikat) untuk menggunakan kasut keluaran syarikat beliau.Ini  adalah penajaan pertama untuk pelari Amerika-Afrika (kulit hitam). Owens memenangi empat pingat emas. Rentetan kejayaan Owens, kasut keluaran Dassler bersaudara ini mendapat reputasi yang baik dan meluas ketika itu. Boom!! Perniagaan meledak dan 200,000 pasang kasut berjaya dijual sebelum berlakunya Perang Dunia ke-2
usain bolt olympic
Usain Bolt (gambar hiasan)


.Perang Dunia II dan konflik bermula = perpecahan dua saudara

Kedua-dua adik-beradik menyertai Parti Nazi, tetapi Rudolf sedikit lebih dekat kepada parti daripada Adolf. Ketidaksefahaman antara kedua beradik ini makin bercambah saban hari. Semasa perang ketika Adolf dan isterinya berada dalam kubu perlindungan bom muncul Rudolf dan isterinya lantas Adolf berkata “ haram jadah kotor itu sudah kembali  lagi (The dirty bastards are back again)”. Kata-kata Adolf itu ditujukan kepada serangan pesawat perang tentera bersekutu manakala Rudolf menyangka ianya ditujukan kepadanya. Salah faham ini tidak pernah diselesaikan oleh Adolf. Rudolf kemudiannya diberkas  dan dituduh menjadi anggota Waffen SS. Rudolf bertambah curiga dan yakin beliau dikhianati saudara sendiri. .
Kilang Dassler bersaudara  digunakan untuk pengeluaran senjata-senjata anti kereta kebal ketika perang nyaris dimusnahkan oleh pihak Amerika. Ianya selamat selepas isteri Adi (Adolf), Käthe menyatakan mereka hanya berminat untuk menghasilkan kasut sukan. Penjajah Amerika ini akhirnya menjadi pembeli utama kasut Dassler bersaudara ini.

1947 – Rudy (Rudolf)membuka perniagaan baru bernama Ruda – singkatan pada nama beliau sendiri. Kemudian dijenamakan semula “Puma”.  Perpecahan telah berlaku pada tahun ini. Pada Ogos 1949 Adi membuka syarikat rasmi berdaftar dibawah nama “Adidas AG”. Adidas menjadi sangat popular. Adi mendakwa bahawa nama Adidas itu adalah singkatan bagi All Day I Dream About Sport (Setiap hari saya bermimpi tentang sukan)- angau kot? He he jangan mare(tiba2 rasa nak buat lawak lak).. Bagaimana pun ramai yang menduga bahawa Adidas itu adalah singkatan kepada nama timangannya Adi+ Dassler dan Adi sendiri tidak juga menafikan; maka terjawab juga tentang nama Adidas itu sendiri.

“letih ker baca? Aku ingat nak buat part 2 jer tetapi tak pa aku sambung juga sampai habis..korang pergi buat air minuman kasi fresh sikit”


Cup of coffee on saucer

Tahun-tahun awal dan persaingan dengan Puma

Kota Herzogenaurach menjadi saksi pertelagahan adik-beradik ini. “The town of bent necks’’ (Pekan leher bengkok? Ha ha  lebih tepat jika kita translate sebagai Pekan Pertelagahan) menjadi nama jolokan bagi Herzogenaurach meliputi berbagai isu akibat pertelagahan Dassler bersaudara ini. Dua pasukan bolasepak dibandar ini telah dibahagikan: FC Herzogenaurach ditaja Rudolf (Puma), ASV Herzogenaurach pula mendapat tajaan Adidas.
“Beberapa pakar membaiki yang dipanggil kerumah Rudolf  dengan sengaja memakai kasut Adidas; beliau menyuruh mereka ke bilik bawah tanah untuk memilih kasut Puma secara percuma!”
Tengok tu orang sekeliling pun dok bagi panas lagi suasana…



1948 - perlawanan bola sepak yang pertama selepas Perang Dunia II, beberapa anggota pasukan bola sepak kebangsaan Jerman Barat memakai but Puma , termasuk penjaring gol pertama Jerman Barat selepas perang, Herbert Burdenski. Empat tahun kemudian, pada Sukan Olimpik Musim Panas 1952, pelari 1500 meter Josy Barthel Luxembourg memenangi emas pertama Olimpik(Puma) di Helsinki, Finland.

1987 -Kematian Adolf Dassler membawa siri permasalahan kepada pewaris beliau Horst Dassler .  Bernard Tapie, usahawan Perancis telah membeli Adidas pada 1.6 billion (sekarang €243.9 juta) dengan membuat pinjaman. Beliau terkenal sebagai pakar penyelamat syarikat2 yang hampir bankrupt; reputasi yang membuat beliau beroleh kekayaan.

1992Gagal membayar pinjaman, Tapie memberi mandate kepada Credit Lyonnais Bank menjual Adidas. Bagaimana pun hutang pinjaman tersebut telah ditukar menjadi asset bank tersebut.; praktis yang jarang2 dibuat oleh Bank Perancis.Ini adalah sebagai langkah menolong Tapie yang ketika itu memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Bandar (ministre de la Ville) dalam kerajaan Perancis pada masa itu. Credit Lyonnais menjual Adidas kepada Robert Louis-Dreyfus, rakan kepada Tapie dengan jumlah yang lebih tinggi dari apa yang Tapie berhutang.

1994 – Bernard Tapie membuat pengistiharan muflis . Beberapa tindakan undang-undang telah diambil(1997) terutama penglibatan beliau dalam kelab bolasepak; merengkok 6 bulan dari tempoh hukuman 18 bulan yang dikenakan.


Penglibatan dan Pakatan Pelé.

1970 FIFA World Cup beberapa bulan sebelum itu, Armin Dassler (anak Rudolf) dan sepupunya, Horst Dassler (anak Adi), memeterai perjanjian yang telah digelar "pakatan Pelé". Perjanjian ini menghendaki Pelé untuk keluar dari batas ikatan Puma dan Adidas. Bagaimana pun Puma membuat permintaan melalui wakilnya supaya profil dan kesedaran tentang Puma dilaksanakan Pelé. $ 120,000 diterima dan Pelé menjayakan rancangan dengan cemerlang.Selepas wisel pembukaan perlawanan akhir piala dunia 1970, Pelé telah meminta pengadil untuk memberhentikan perlawanan seketika untuk beliau mengikat talikasut; satu dunia telah melihat jenama kasut yang dipakai beliau yakni Puma. Horst berang dan semua perjanjian masa depan bersama Pelé telah ditarik keluar. Beberapa peristiwa melibatkan penajaan telah berlaku dan perang jenama ini berlarutan hingga hari ini.

Puma kemudiannya menjadi syarikat awan (Public company) pada tahun 1986 dan disenaraikan di München Börse dan Bursa Saham Frankfurt. Pada bulan Mei 1989, anak-anak Armin Rudolf dan Gerd Dassler bersetuju untuk menjual 72 peratus kepentingan mereka Puma, kepada syarikat berpengkalan di Swiss,Cosa Liebermann SA.

Penutup

Biarlah cerita ni ditutup  dengan berbalik kepada cerita pengasas kepada kedua-dua empayar ini. Kedua beradik Rudolf (Puma) dan Adolf (Adidas) dikebumikan di kawasan perkuburan yang sama tetapi dijarakkan sejauh mungkin… The End


peluangtercipta.blogspot.com

 Puma sebenar :)

Ulasan

  1. thanks..baru tau sejarah jenama nie..nice sharing..:-)

    BalasPadam
  2. lepas soalan letih ke baca tue baru terasa malas nak baca..
    but good info.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha sebab tu kena minum air sikit tambah oksigen bagi segar..

      Padam
  3. terima kasih infonya. untuk berjaya dan ternama memang tiada yg mudah.

    BalasPadam
  4. My brother recommended I might like this blog. He was totally right.
    This post actually made my day. You cann't imagine simply how much time I had spent for this info! Thanks!
    Also visit my blog post :: serfs in the middle ages life

    BalasPadam
  5. oooo baru tau...kadang2 yg berperang sakan tu memang dlm pertalian darah punya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye kalau ikutkan ada lagi yang macam tu...ada juga bekas suami isteri yang bergaduh dan masing2 tubuh syarikat sendiri...

      Padam
  6. terima kasih kerana berkongsi cerita sejarah yang menarik. seronok betul tahu sejarah jenama terkenal dunia ni

    BalasPadam
  7. Halo, nama saya adalah SALSABILLA ZULFKAR yang mengutuk hukuman di tangan pemiutang palsu. Saya kehilangan sekitar Rp. 30,000,000 kerana saya memerlukan modal besar Rp. 300,000,000 ,. Saya hampir mati, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. Perdagangan saya telah musnah, dan dalam proses saya kehilangan anak dan ibu saya. Saya tidak boleh tahan lagi kejadian ini. Minggu lalu saya berjumpa seorang sahabat lama yang menjemput saya kepada seorang ibu yang baik, Cik KARINA ROLAND LOAN COMPANY, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman sebesar Rp.500,000,000,00

    Ibu yang baik, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerima terima kasih saya, dan semoga Allah terus memberkati ibu yang baik KARINA ROLAND dan rakan saya. Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memberikan nasihat kepada orang Indonesia yang lain, terdapat banyak penipu di sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman dan keamanan dan siapa saja yang memerlukan pinjaman harus cepat, hubungi KARINA ROLAND melalui email karinarolandloancompany@gmail.com
    Anda masih boleh menghubungi nombor whatsApp ibu +1 (585) 708- 3478
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel: (salsabillazulfikar4@gmail.com). untuk maklumat lanjut.

    BalasPadam
  8. Saya mengalami masa sulit tahun lalu saat mencoba mendapatkan dukungan pendidikan dari keluarga dan teman-teman dan karena itu membuat saya memutuskan untuk mencari pinjaman pendidikan mendesak secara daring dengan mengecek melalui mesin pencari Google dan saya menemukan beberapa lembaga pinjaman yang berjanji memberi saya pinjaman tetapi mereka adalah orang yang pintar dan juga sangat perhatian. Saya menemukan bahwa beberapa lembaga pinjaman yang saya temui bahkan tidak membuang waktu untuk menyetujui pinjaman saya dan hal berikutnya yang mereka minta adalah rincian rekening bank saya dan biaya transfer yang benar-benar membuat saya merasa sangat tidak nyaman, hanya karena saya tidak pernah percaya pada proses tersebut. Bahasa Indonesia:Saya kemudian online dan pada suatu Sabtu yang menentukan saya menemukan kesaksian online tentang agen pinjaman bernama Loan Credit Institutions dan setelah berkomunikasi dengan mereka dan melihat protokol online mereka, saya melihat sesuatu yang sangat berbeda dan unik tentang mereka hanya karena mereka meneliti detail saya dengan benar dan bahkan sampai mengirim sinyal ke lokasi saya saat ini untuk memeriksa apakah alamat yang diberikan benar dan setelah semua ini selesai, saya sekarang sepenuhnya yakin bahkan dari cara mereka mengirim pesan kepada saya, OMG, sangat resmi, dan email mereka memiliki tanda tangan yang menunjukkan bahwa agen pinjaman tersebut memiliki lisensi yang tepat dan terakreditasi dengan benar dan melihat semua bukti ini saya memutuskan untuk melanjutkan dengan mereka dan dengan rahmat Tuhan, saya diberikan dana pinjaman pendidikan sebesar Rp100.000.000,00 setelah saya memenuhi syarat untuk pinjaman itu dan inilah mengapa saya sangat senang dan bersemangat memposting tentang agen pinjaman ini yang telah memberi saya harapan lagi untuk kembali ke sekolah dan keindahan agen pinjaman ini adalah mereka biasanya memberi Anda jangka waktu 6 bulan untuk memulai pembayaran pinjaman Anda setelah Anda mungkin telah menerima pinjaman dari mereka. Berikut informasi mereka dan pastikan Anda menghubungi mereka jika Anda benar-benar tertarik untuk mendapatkan dana pinjaman dalam bentuk apa pun secara daring karena saya telah memverifikasi dan menemukan bahwa mereka adalah agen pinjaman daring terkemuka terbaik saat ini. Email: loancreditinstitutions00@gmail.com
    loancreditinstitutions00@yahoo.com. atau nomor whatsapp: +393512114999. atau whatsapp: +393509313766

    BalasPadam

Catat Ulasan