Bila sakit aku nampak macam macam...

Bila kita sakit kita nampak macam macam. Ha inilah tajuk artikel aku kali ini. Lama jugak tak mengarang ni.
Baru baru ini aku sakit agak teruk. Ada kuman dalam darah. Hampir 2 minggu demam panas sebelum ianya surut. Memang teruk lah keadaan aku waktu itu. Cuma aku bukan nak cerita perihal sakit tu tapi apa yang aku perasan disaat sakit ini.

Perabut dirumah seperti kerusi kerusi ruang tamu, kerusi makan, tidak mesra kepada badan aku yang tengah sakit. Beza dengan sofa sofa hospital, semuanya sedap, tak sakit badan sangat kalau duduk. Kerusi dirumah banyak jenis rotan dan terlampau menegak.

Next, betapa seronoknya bila ada saudara dan rakan datang melawat dan berbual dengan kita. Disini Kadang kadang boleh jadi pelik sikit. Kawan yang jarang berbual boleh datang melawat.. Yang selalu berbual tak datang pun menjenguk (?). Kadang tu tunggu jugak best friend kita dating melawat tapi tak datang pun hanya call sekali sahaja. OKlah bersangka baik sahaja lah.. Tak mau melawat tu masih hak dia.. Ikut suka dia jelahkan. 
Disaat sakit ni juga lah boleh tengok berapa ramai yang ingat dekat kita. Ada juga makcik aku sorang tu sampai dua tiga kali melawat.. Terharu aku. Baru tahu betapa sayangnya dia kat anak saudara dia ni. 
Part lain yang best sikit.. Inilah masa aku rehat lama dari berkerja.. Bagi la aku rilek lama sikit kan he he... 

OKlah itulah sahaja bebelan aku perihal aku sakit masuk hospital.. Sekiranya ada pembava yang tengah sakit di hospital ketika membaca blog ini.. Aku harap korang segera sembuh ye... OK bubbye.. 

Ulasan