Rumput Israel..pernah tengok tak? Rasanya pasti ramai pernah tengok cuma tak tahu nama apa kan. Ok tengok gambar dibawah
Ha inilah Rumput israel. Kenapa nama dia rumput Israel? Jangan tanya sebab admin pun tak tahu ha ha..
Nama lain bagi rumput ini ialah Chinese Violet,Coromandel,Creeping Foxglove dan Asystasia.
Kebanyakkan lebah,tebuan,rama -rama suka menghisap nektar bunga dari pokok ini terutama lebah kelulut. Jadi kalau nak bela kelulut kalau ada pokok ini memang okay sangatlah.
Boleh dimakan oleh haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan juga arnab. Mengandungi Beta-carotene, vitamin e, zat besi dan bersifat anti oksidan..terdapat juga kalsium dan riboflavin pada kadar sederhana pada daunnya.. Hebat kan kandungannya. Jadi memang sesuai sebagai makanan tambahan yang bersifat semulajadi dan berkhasiat kepada haiwan ternakan dan peliharaan.
Manfaat perubatan, sekiranya ada cirit birit ambilah sepokok rumput Israel, rendam dulu selama 20 minit, buang air tersebut kemudian baru lah direbus dan diminum airnya.
Sekiranya ada bengkak bengkak pada anggota badan cuma tumbuk rumput ini dan tampal ditempat yang sakit. Untuk merawat kejang otot juga boleh ambil daunnya tumbuk bersama bawang merah dan tampal ditempat yang kejang tersebut. Untuk penyakit asma juga boleh.. Caranya sama macam cirit birit tadi.
Rumput ini dikatakan ada 14 jenis species. Ianya boleh dimakan. Buat macam orang masak kangkung tu.
Ok lah terima kasih singgah membaca.. Sudi sudilah baca artikel yang lain juga ya.. Sehingga berjumpa lagi.. Bye bye...
Video rumput Israel: https://youtu.be/vTPujJv4yiE
Ulasan
Catat Ulasan