Piket Panasonic Automotive Systems (PASMY)

Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia baru baru ini telah menganjurkan piket secara aman bertempat dikilang  Panasonic Automotive Systems, Juru Pulau Pinang.

Berikut ialah kenyataan rasmi pihak kesatuan sekerja:
PIKET PANASONIC AUTOMOTIVE SYSTEMS MALAYSIA SDN BHD (PASMY)

4 Ogos 2022, Perai, Pulau Pinang- Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Piket pada 4hb Ogos 2022 (6.15pm hingga 7.15pm) di hadapan premis Panasonic Automotive Systems Malaysia Sdn Bhd (PASMY) bersama-sama dengan ahli-ahlinya memprotes terhadap majikan Panasonic supaya mengambil serius atas rundingan Perjanjian Kolektif Bersama ke-2.

*Perjanjian kolektif pertama telahpun tamat pada 30hb Jun 2022
*Kesatuan hantar cadangan perjanjian kolektif ke-2
*Kesatuan menunggu cadangan balas daripada pihak pengurusan
*Selepas tempoh 30 hari kesatuan telah usaha dan memohon cadangan balas dan rundingan damai, tetapi pengurusan gagal memberi cadangan balas dan memberi alasan yang tidak munasabah.
*Kesatuan memohon supaya rundingan damai secepat mungkin dan tidak boleh melewatkan rundingan damai untuk perjanjian kolektif ke-2.
*Jawapan dari pengurusan Panasonic ialah kami belum sedia untuk rundingan damai kerana ada banyak benda kena selesai, lagipun pelarasan gaji minimum salah satu kesan besar kepada majikan.
*Kesatuan tegas dan bantahan terhadap jawapan majikan. Oleh demikian kesatuan ambil keputusan untuk jumpa pekerja dan memberi penjelasan mengenai perkara ini.
*Selepas memberi penjelasan kepada ahli kesatuan telahpun dapat persetujuan sebulat suara ambil tindakan sewajarnya terhadap isu ini.
*Kesatuan cuba bagi tahu kepada pihak pengurusan supaya cepatkan rundingan damai sekiranya lewat kesatuan akan meneruskan untuk mengambil apa-apa tindakan yang perlu berkenaan dengan tawar-menawar kolektif ini untuk perjanjian kolektif kedua.
*Kesatuan memberi peringatan akhir untuk cepatkan proses rundingan kolektif.
*Kesatuan setuju menjalankan*PIKET AMAN*
*Selepas hantar e-mail, Pengurusan cepat cepat hantar cadangan kolektif dan sedia untuk rundingan damai pada pertengahan bulan 9, tetapi tidak hasil dan manfaat kepada kaum pekerja.
*Kesatuan jalanan PIKET pada hari ini 4hb Ogos 2022(6.15pm hingga 7.15pm)

Delegasi NUBE Northern Region - PKP telah dihadiri oleh Sdr N.Karthigasan, Sdr Mohamad Rizal Othman, Sdr Zulkifli Hasan, Sdr Mohd Shukri A. Hamid dan Sdr Hafis bagi memberi sokongan solidariti kepada perjuangan murni Kesatuan   Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.

AK.David
Setiausaha Agung


Ha jangan main main dengan hak pekerja ni.. Apa pun bolehla layan gambar serba sedikit 

Boleh juga tengok video disini :

Ulasan