Debat Anwar Najib, apa yang kita boleh jangka?


Debat antara DS Anwar dan DS Najib Mei  pasti ditunggu oleh kedua dua penyokong parti masing masing. Walaupun kami berpendapat debat ini tidak akan membuktikan apa apa pun cuma sekadar hiburan santai rakyat jelata. So pihak Buka Minda telah meminta satu brader Encik Mansur (bukan nama sebenar) ni untuk komen la perkara ini sikit..

Sedikit intro bang..
Saya ini cuma pekerja Industri yang tidak menjadi ahli kepada mana mana parti..cuma tiap tiap kali mengundi saya pasti akan mengundi.. Yelah kan wajib tu memilih siapa yang akan mewakili kita di Parlimen.

Pendapat tentang kedua dua tokoh ini : Kedua duanya adalah senior politicians dan wajah yang pasti dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.

Pendapat tentang debat ini.. Cari populariti? Entahla.. Mungkin juga.. walhal dua dua memang popular.. Penting? Entahla tak penting kot..

Demikian pendapat beliau, pendapat penulis pula.. Dari segi pemerhatian selama ini DS Anwar hebat bab public speaking ni berbanding DS Najib jadi sudah tentu DS Najib akan lebih bertungkus lumus dan bersiap sedia dengan team beliau nanti. Mungkin debat yang seimbang boleh kita hayati nanti. Pastinya penyokong kedua dua parti akan menantikan debat ini.
Walaupun begitu kepentingan debat tetap penulis rasa jika ditiadakan pun tiada masalah.. Jika ada baik menang atau kalah tiada apa manfaat pun.. cuma akan jadi modal terbaik pemenang untuk mencanang betapa hebat beliau dalam berdebat dan sedikit sebanyak bawa keuntungan juga kepada parti. So apa komen anda? 

Debat dijangka berlaku pada 12 Mei ini.. (setakat yang diketahui). 

P/s sebarang komen didalam blog ini tidak mewakili pandangan blog Buka Minda.. 

Ulasan