Sembang Tentang Pelesit




Belalang
Gambar hiasan

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya sendiri.


Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Hantu Pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

BELALANG BIASA


Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya. Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Hantu pelesit akan membuat tuannya susah nak mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. ia takut dengan tahi besi iaitu (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) Menurut pandangan pengamal perubatan tradisional ,rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin. Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya.Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah dan tirus .Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.

Cara mengatasinya :
1.) Cabut kepalanya dari badan secara perlahan-lahan.
2.) Perhatikan teliti, pasti terdapat rambut si bomoh tersebut.Cara lain, simpan belalang pelesit tu di dalam botol. Pasti terseksa si bomoh tu…

Kredit: PenaMerah 

Ulasan