10 Cara Mengelak Kucing Berak Dihalaman Rumah

 

Kucing peliharaan



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog ini.


Beberapa minggu yang sudah kecoh bagaimana seekor kucing yang bunting dipukul hingga mati. Puncanya ialah (mungkin) tak tahan dengan kucing yang selalu berak dihadapan rumahnya.

Jadi perdebatan netizen jugak la.. ramai jugak yang komen tuan punya kucing patut jaga elok2 jangan bagi merayau merata-rata. Jangan sakiti hati jiran la apalah.. Bila baca komen begini aku paham mereka ini bukanlah pencinta kucing tapi sengaja amik ruang untuk komen sebegini meluah rasa kecewa kepada jiran masing-masing. Walhal kucing yang kena pukul mati tu tak bertuan pun.

Okla berbalik kepada tajuk utama, disebabkan ramai yang bising kucing kencing berak merata maka aku pun fikir elok juga aku kongsikan tips cara tak mau bagi kucing buang najis depan rumah.

1. Letak botol berisi air merah. Setengah situasi berjaya setengah situasi tidak (ikut pengalaman). Nak guna sirap atau pewarna pun boleh.

2. Letak minyak tanah.. Yang ni tengok la keadaan ye.. Jangan banyak sangat.. Bila dah lama guna tu sembur la air sikit.

3.Ubat gegat atau cat repellent. Rumah yang takda anak kecil boleh la cuba letak. Kucing pun ada yang tak suka ubat gegat punya bau ni. Ubat gegat ni kena hati hati jugak la.. Kalau ada anak-anak kecil kena tengok betul betul takut ubat gegat ni diambil masuk mulut.. 

kucing comel


4. Letak minyak tanah. Ini semua untuk atas tanah dan berumput sahaja ye.

5.Letak memo.. Bunyi macam kelakar tetapi tetap ja boleh cuba. Contoh "wahai kucing budiman tolong jangan berak disini ye'... Cuma jangan kucing tu tulis jawab balik dah la ye..

6.Tuang clorox dekat tempat si bulus membuang tu. Bila hilang bau najis, takde la dia nak membuang disitu.

7.Perahkan limau.. Apa apa limau pun boleh cuma jangan campur air. Bau masam buat kucing rimas dan menjauhi tempat tersebut.

8. Serai wangi. Sembur serai ditempat kucing membuang tu. Basuh dengan air dan sabun dulu kemudian barulah disembur serai wangi ni.

9.Minyak gorengan ikan. Secara teori nya, kucing akan menyangka disitu tempat makan sebab ada bau ikan. Saya sendiri pernah cuba, letak minyak masak biasa pun boleh cuma mungkin membazir sikit la. Pada pendapat saya bukan bau ikan tu punca dia tak jadi melepas tetapi dia akan rimas dengan minyak yang melekat dekat kaki dia tu. Biar sekurang kurang dua hari barulah dibasuh lantai tersebut.

10.Sembur air, janganla curah sebaldi air kat kucing.. Kesian kat dia, boleh demam tau kucing tu. Cukupla isi air dalam botol spray.. Dia datang nak melepas korang spray je bagi dia lari.. Bila hajat dia kerap terbantut dia akan cari tempat lain pulak sebagai tandas.

Okla semoga tips diatas memberi manfaat kepada semua.. InsyaAllah berjaya.. 



Ulasan