Gambar hiasan tiada kena mengena dengan artikel..imej kredit : Google.com
Kisah untuk teladan
Seorang professor dan seorang nelayan.
Satu hari, seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan.
Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya, "Kau pandai menulis dan membaca?"
"Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.
Seorang professor dan seorang nelayan.
Satu hari, seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan.
Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya, "Kau pandai menulis dan membaca?"
"Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.
Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."
Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan di bank?"
"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."
"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."
Sampan terus bergerak.
Tiba-tiba Langit jadi hitam pekat dan petir menyambong........
Hujan pun turun dengan Lebatnya.
Air masuk dengan banyaknya ke dalam sampan dan hampir tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor, "Tuan, adakah tuan ini pandai berenang?"
"Er, err... saya tidak tahu," jawab profesor panik.
"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"
Pengajaran
Tuhan tidak mencipta manusia dengan kebodohan.
Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza.
Kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu .
Jangan rasa diri kita hebat dan memandang rendah pada orang lain yang tidak setaraf dgn kita.
Tuhan menciptakan setiap manusia dengan kebolehan masing- masing yang tersendiri.
Jangan pandang rendah orang lain..
Maka, muhasabahlah diri...
Jumpa lagi yer..jangan lupa singgah selalu k..
Ulasan
Catat Ulasan