Rumah kecil punca anak cari hiburan diluar ?


Flat Pekeliling
Credit image : Astroawani.com

Rumah kecil punca anak habiskan masa diluar?

Adalah beberapa bulan yang lalu aku terbaca komen mamat sorang ni tentang suatu isu. Aku pun tak ingat isu apa. Yang aku ingat ialah pasal rumah yang kecil menjadikan anak anak tak betah duduk dirumah. Ya ,aku rasa ada logiknya statement itu. Maka sebab itulah ianya jadi topik karangan aku kali ini...

Faktor rumah
Ye, kebanyakkan rumah yang diperuntukkan untuk golongan B40 kebawah sekarang keluasan nya adalah kecil. Kalau lama dulu bilik ada satu sahaja kemudian dinaik taraf kepada dua dan terbaru tiga. Yang dinaik taraf hanyalah bilik keluasan tidak. Ada yang 480 kaki persegi, 500 kaki persegi, 650 kaki persegi ,pendek kata kurang dari 800 kaki persegi. (Nanti aku huraikan).

Faktor anak ramai
Average 3 anak dalam satu rumah.(Nanti aku huraikan)

Faktor hiburan masakini
Ye duniakini menjanjikan keseronokan. Lepak malam ,hiburan diluar. ( Nanti aku huraikan yer)

Faktor ibubapa tak ambil peduli
Nanti aku huraikan juga...

Oklah huraian penuh.
Pertamanya faktor diatas lebih sesuai pada yang tinggal dibandar dan berhampiran bandar sahaja.

Rumah kecil, rumah pangsa memang anak-anak akan bosan duduk dirumah.Pi mai pi mai lepak ruang tamu yang kecil atau lepak main FB dalam bilik tu pun bising dengan adik beradik. Kawan ajak keluar.. memang keluar la jawabnya..duduk rumah bosan takde apa yang menarik nak dibuat.

Kesibukkan ibu bapa pun menyebabkan anak lepak luar. Yelah malas nak monitor bermaharajalela la jawabnya.Bagi je duit..ikut ko la nak duduk rumah pun pening mak dengan ayah nak layan.

Seronok lepak luar ni ..tak payah mengadap buku.Boleh wheelie boleh Wei kang motor tu. Ada sekali aku tunggu motor aku servis,dua tiga kali datang budak muda dimana ada mata aku masih bersekolah atau baru habis sekolah datang bawak sport rim motor dan tayar mintak tolong pasangkan. Aku tak da la nak kata diaorang curi ka apa. Tak.. aku takda la nak pandang negatif sampai tahap mencuri.Kalau yang jenis mencuri ni diaorang pandai pasang sendiri semua dan buat kerja mestilah dekat port diaorang. Bila aku tengok diaorang,aku tau dah main motor ni hobi diaorang dan mak bapak pun tak larang. Enjoy kemana mana dengan motor..jangan harap nak duduk rumah.Balik Mandi makan jao pastu teris keluar.

Okla kot aku bebel ni kurang kurang korang yang baca dapat idea apa yang cuba aku sampaikan.

Aku bukan nak sedarkan Ibu bapa supaya monitor anak selalu.Monitor anak ni memang tanggungjawab ibu bapa tak perlu nak peringat selalu.Tulisan aku ni cuma harapan aku sahaja kalau boleh janganla  dibina rumah yang terlampau kecil lagi saiznya biarlah lebih selesa  dan kerajaan mengawal harga rumah yang dijual biarlah munasabah.

Sekan terima kasih! 



layan vespa jap..

Ulasan