2020 Tahun bencana?

2020,statistic covid 19 terbaru,pm 8,tahun 2020
Malaysia tercinta
Selamat datang buat pengunjung blog ini..

2020 tahun yang ramai rakyat Malaysia tunggu selama ini.Tahun yang dijangka banyak perkara hebat seperti kereta terbang, menjadi negara Industri dan penuh kecanggihan.

Tapi sayang banyak benda atau perkara tak tercapai..tapi tak salah pun menyimpan angan-angan kan? Walaupun begitu wabak pandemik Covid 19 mengambil alih sepanjang 2020 ini. Memang akan terpahat dalam sejarah betapa tahun 2020 dihabiskan waktu dengan norma baharu kehidupan dan juga sedikit ketakutan.

Yang kita boleh ingat

Roadblock sana sini..nak lalu pun takut dan segan.

Anak anak duduk dalam rumah tak kemana mana. Bosan tahap gaban diaorang.Mula belajar secara online.

Couple bercinta tak boleh dating.Panggung semua tutup. Habis berani pun pergi Giant beli barang keperluan baru boleh jumpa.

Mat rempit tak boleh merempit sebab polis dimana mana.

Lepak ramai ramai polis mai sound.

Rumah ibadat semuanya tutup.

Para peniaga mula hilang pendapatan yang biasa mereka dapat.

Abang sado mula pening tak boleh ke gym.

Rambut orang lelaki mula kembang sana sini sebab tidak potong rambut.

Sana sini kena scan temperature kena pakai topeng muka.

Tak boleh balik beraya di kampung.

Duit cuma untuk beli makanan.

Online shopping, COD makanan menjadi popular.Nak tak nak kena belajar juga order secara online ini.

Tak boleh melancong kemana mana.

Pekerja kesihatan yang bertutup semuanya demi menjaga kesihatan rakyat.Terima kasih frontliner!

Hari hari tengok statistik Covid19 dalam televisyen.

Munculnya Perdana Menteri ke 8 Malaysia.

Dan banyak lagilah...

Ok 2020 .. Kami takkan lupa... 

Ulasan