Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Diumumkan


Perdana Menteri Malaysia


 KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) membabitkan peruntukan RM7 bilion.

Perdana Menteri berkata, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang sudah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.

Kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.

"Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baharu.

 

BPN2.0

Perkara itu diumum Muhyiddin dalam pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung hari ini.


Sumber : Berita Harian 

 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/734390/106-juta-akan-terima-bpn-20

Ulasan