Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sekarang ini ramai yang tiba-tiba suka layan YouTube walhal dah lama kan YouTube ni. Tiba-tiba ramai yang nak jadi YouTubers kat Malaysia ni. Bab ini negara jiran kita Indonesia lebih terkedepan, mereka dah lama cari makan melalui platform YouTube.
Ok sambung cerita semula. Rakan sekerja aku selalu tanya hal hal ini. Setiap minggu soalan yang lebih kurang sama ja. Aku pun kadang bising la juga .. Buat dulu nanti barulah paham apa yang aku cakap selama ini.
Oklah cukup ngomel, kang bosan pulak korang. Ok syarat apa yang perlu dipenuhi jika nak dapat duit dari YouTube.
1000 subscriber (langganan)
4000 public watch hours ( jumlah tontonan) dalam masa 12 bulan.
Senang atau susah nak capai kedua benda ini bergantung pada beberapa faktor. Apa faktor tu biarlah dulu (tak pun korang fikir sendiri je la).Aku nak cerita dua kriteria utama itu sahaja.
1000 subscriber tu senang nak terang, dapatkan 1000 orang untuk subscribe,then settle Tapi pastikan yang subscribe tu orang sebenar bukan robot atau dari applikasi sub 4 sub atau bahasa mudah awak follow saya saya follow balik.
4000 public watch hours atau 4000 jam jumlah tontonan. Yang ini rumit sikit. Tapi untuk faham senang sahaja bila cukup 1000 subscriber dan 4000 jam jumlah tontonan maknanya layak untuk mohon ye hihi.. bulan layak automatik.. mohon dulu ye.
Kerumitan 4000 public watch hours ini ialah masa yang diberi ialah 12bulan untuk dicapai.Sekiranya tak dapat adakah channel akan ditutup? Sebenarnya tidak, kita sentiasa ada peluang 12 bulan lagi. Kalau dari Jan 2020 sampai Jan 2021 tak dapat maka kiraan seterusnya ialah February 2020 sampai 2021. Pahamkan? Kiraan ini aku sengaja letak bulan sahaja bagi korang paham.
Macammana nak capai 4000 watch hours ni? Pastikan video korang capai 4000 jumlah tontonan. Ada yang kata korang boleh buat video 10 minit kemudian tonton 400 kali sampai la jumlah tontonan ini. Sebenarnya salah ye.. sebab sistem penilaian YouTube ni bijak menilai..sia sia ja apa yang korang buat.Kadang tu video cecah 100 ribu view pun bila check watch hours masih tidak sampai 4000 watch hours! Apa yang berlaku ye? Entahla aku pun tak tau macam mana diaorang kira untuk 4000 jam ini.So apa Yang perlu ialah sentiasa buat video yang tidak melanggar syarat kerjasama YouTube ini. Pastikan sentiasa ada video setiap bulan supaya boleh capai 4000 public watch hours ini.
Ok selesai penjelasan... semoga bermanfaat!
Jumpa lagi...
p/s : aku sambung sikit nanti apa itu copyright claim dan copyright strike..korang kena baca !
Ulasan
Catat Ulasan