Tanggal 10March 2020 telah memahatkan sejarah buat Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Piket yang pertama telah terjadi di Kulim Hightech. Siapa sangka ianya melibatkan kilang yang gah juga disini.
Piket pekerja kilang Infineon telah diadakan untuk menunjuk ketidakpuasan hati pekerja terhadap pihak pengurusan kilang itu sendiri. Rundingan CA ke 2 tidak memihak pekerja kerana pihak pengurusan didapati cuba mengurangkan benefit yang sedia ada sedangkan pihak syarikat mencatat keuntungan berbilion US dollar ditambah pelaburan baru bersebelahan kilang tersebut dengan modal sebanyak 1 billion euro.
Pihak kesatuan dan pemimpin pekerja kilang infineon akhirnya mengambil tindakan untuk berpiket pada tarikh tersebut.
sabar menunggu..
Pihak pengurusan Infineon telah memanggil EIEUNR dan pegawai dari Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk berunding pada pukul 2.30 petang, iaitu sebelum masa piket yang dijadualkan bermula pada pukul 4 petang. Rundingan ini turut disertai pihak MTUC.
Diluar kilang, para pekerja Infineon , beberapa pemimpin kesatuan EIEUNR, NUBE dan wartawan telah mula berkumpul seawal 3petang. Mereka mula menyanyi lagu, melaungkan slogan sementara menunggu pemimpin utama kesatuan berunding didalam kilang.
Pada jam 5.50 petang akhirnya wajah wajah pemimpin kesatuan mula kelihatan. Presiden Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, saudara Razi akhirnya mengumum apa yang terjadi dimana pihak pengurusan telah bersetuju dengan beberapa tuntutan dan berjanji untuk menandatangani CA secepat mungkin. Berita ini disambut dengan penuh sorakan gembira. Saudara J.Solomon Setiausaha Agung MTUC turut membuat ucapan. Beliau memainkan peranan yang paling penting dalam rundingan ini.
Kata sepakat tercapai antara Union dan Infineon
Ucapan Presiden Kesatuan selepas selesai bermesyuarat
Ucapan Setiausaha Agung MTUC, J Solomon
Lega akhirnya kemelut pertikaian berakhir. Hidup pekerja!
Sources : Penangkini, Harakahdaily
Ulasan
Catat Ulasan