Kisah bunian..



bunian,orang,bunian



Kisah ini aku baca dalam Facebook.. Begini cerita dia..

Dulu di kampung ku ada kisah pemuda berkahwin dengan bunian, sering hilang 3 hari kemudian balik semula, paling lama 3 tahun menghilang. Ketika dia pulang adik beradik buat kenduri berlaukkan daging, langsung tak dijamah nya. Kemudian didesak abang yang sulung supaya ceritakan segalanya dihadapan seluruh penduduk kampung, dengan deraian air mata dia berkata "aku akan ceritakan tapi selepas aku menceritakan segalanya ,aku tidak akan dapat pulang lagi" Rupanya dia sudah berkahwin dgn bunian dh diterima jadi penduduk kg disana juga sudah ada anak. 

Jika dia melanggar pantang untuk tidak kembali ke alam sana dan berkahwin di dunia nyata ,maka anak di alam sana akan mati bersama anak di alam nyata. Selepas menceritakan itu dia menangis bersungguh sungguh kerana lepas rahsia nya dibuka tidak dapat lah dia pulang lagi menjenguk ibu nya serta adik beradik. 



Pesanan nya sebelum pergi, kata nya lihat anak yang baru lahir jika ada urat melintang di dahinya jaga lah anak itu elok2 kerana sudah ditanda oleh bunian.


Aneh jugak kan... Any comment?

Ulasan