Putrajaya –
Datuk Lee Chong Wei akhirnya mengumumkan persaraannya pada hri ini 13 Jun 2019.
Beliau mengumumkan persaraannya dalam sukan badminton akibat masalah kesihatan
yang dihadapinya. Menurutnya lagi beliau
memerlukan latihan intensif sekiranya ingin meneruskan karier beliau , bagaimanapun
latihan ini akan mengundang bahaya kepada kesihatan beliau sendiri. Beliau
mengihidap kanser hidung.
Jelas bekas pemain nombor
satu dunia itu, ia adalah keputusan paling sukar pernah dibuatnya, namun
selepas berfikir panjang termasuk mendapatkan pandangan serta nasihat dari
isterinya Datin Wong Mew Choo.
"Saya akhirnya membuat keputusan untuk
menggantung raket selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari, ia adalah keputusan
berat untuk saya tetapi apa yang paling penting adalah isu kesihatan
saya," katanya.
Datuk Lee Chong Wei - All England
Beliau juga memohon maaf kerana tidak
dapat menghadiahkan emas olimpik kepada rakyat Malaysia.
Chong Wei ditemani Syed
Saddiq, Norza dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong
ketika menyampaikan pengumuman berkenaan.
Selepas 19 tahun mengabdikan diri dalam
sukan badminton, akhirnya beliau bersara jua.
Sudah tentu kelibat beliau akan dirindui oleh
jutaan rakyat Malaysia. Apa pun selamat bersara Datuk Lee Chong Wei. Pemain
nombor satu Malaysia dalam sukan Badminton. Terima kasih buat Lee Chong Wei
..legenda badminton dunia..!
klik video!
Terima Kasih Datuk!
Ulasan
Catat Ulasan