Kacang Sebelanga yang diambil dari kebun tanam sendiri
Kacang Sebelanga
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pengunjung blog Buka Minda. Kali ini aku nak berkisah pasal kacang sebelanga. Ye kacang sebelanga.. pernah makan tak?
Kalau korang tanya aku balik dah tentula pernah sebab aku sendiri pun ada tanam. Memang rare kacang ni.,sedap pula tu. Rasa kacang ini seakan akan kacang pool. Ini pendapat aku la.
Cara masak kacang sebelanga :
Potong sedikit dikedua belah hujung kacang supaya cepat masak dan supaya dapat menyerap sedikit garam. Rebus macam rebus jagung. Selepas 10 minit buang sedikit air dan masuk semula air baru dan 5 minit kemudian baru masuk garam (ini stail aku la). Tunggu lagi 25 minit.. Tengok warna kacang.. Kalau berubah coklat atau kuning gelap maka siapla kerja korang.
Mungkin suatu hari nanti aku try buat kuah ka apa ka dengan kacang ni. InsyaAllah
Kalau warna macamni selepas rebus tu kira boleh makan dahla
dia punya bunga da..
Masa awal pertumbuhan pokok
Buat anda yang berminat dengan barangan Korea keluaran Cuckoo boleh lawat Facebook ini -- klik pada tulisan untuk cuci mata --->
mana tau kot berkenan dengan multicooker ke kan.
ok sehingga berjumpa lagi..tata
Ulasan
Catat Ulasan