MIDEA Air Cooler mac215f (15 liter) -review


MIDEA,air cooler ,15 L


MIDEA AIR COOLER

Baru - baru ni aku beli air cooler he he (bangga semacam la pulak). Pilihan aku adalah dari jenama MIDEA.

Kenapa air cooler? Yelah aku tak suka bayar bil elektrik mahal mahal. Tu je sebabnya. Lagi pun rumah aku bukannya panas pun, cuma kalau time el nino memang panas rumah dibuatnya. Kalau aircond memang mahal bil letrik aku kena bayar nanti tak kisah la inverter ke tak inverter.

Sedikit review..

Tahap sejuknya kira OK la. Bolehla turun 3 hingga 5 darjah. Jadila kan. Aku ada baca review blogger lain, yang ngomelnya MIDEA air cooler ini bunyi agak kuat. Disini aku menafikan sekeras kerasnya. Pada aku bunyinya acceptable tak ganggu pun halwa telinga aku. Kalau buka speed kipas 1 hampir tiada bunyi, kalau 2 antara dengar dan tidak kalau 3 memang boleh dengar bunyi. Mungkin blogger tersebut maksudkan speed 3 tu kot.

Fungsi lain

media meter indicator,midea,review product

-dia punya button

Ada fungsi ION, dan Humidifier. Fungsi ION ni kiranya membunuh hama yang berterbangan di udara dan kuman tertentu.

Fungsi humidifier ni disebabkan ada aroma slot didepannya. Keluarkan slot dan masukkan pewangi. Harum je ruang tamu korang nanti. Ini antara part yang aku suka.

Yang kurang sikit ialah lampu indicator berwarna merah tu.. Aku rasa hijau lagi best. Ini pendapat aku sahaja.

Cara guna. Mudah sahaja, buka bahagian belakang isi jer air, kemudian masukkan ice box yang diberi. Ice box ini korang kena sejukkan dulu dalam peti ais sebelum guna. Nak kaw lagi tambah air sejuk pasti sejuk dan nyaman!

Lagi satu mudah gunanya ialah boleh pindah kemana mana bahagian rumah dengan mudah. Ada roda lagi dibawahnya :)

midea ice pax,peti ais midea,sejuk beku,ais cooler
sejuk bekukan ice pax (2pcs) ini dalam peti ais sebelum guna



Keburukkan Air Cooler?

Part ni pun kena baca juga la

Gangguan pernafasan boleh berlaku jika di pasang dalam ruang kecil dan tertutup.

Disebabkan penggunaan air sebagai penyejuk utama boleh menyebabkan kemunculan bakteria disebabkan kelembaban ini.

Air cooler juga boleh menyebabkan alergi seperti bersin apabila udara yang keluar tercemar akibat penapis berabuk dan sebagainya.

Jadi cara nak elak dalam ruang yang kecil bukala pintu sedikit supaya pengudaraan yang baik boleh berlaku. Boleh juga guna penapis udara kalau tak nak buka pintu kerana penapis udara juga boleh membantu sistem pengudaraan jadi lebih baik.

Pastikan cahaya matahari menerangi bilik dan buka pintu apabila tidak menggunakan air cooler. Ini boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan fungus dari membiak.

Bersihkan air cooler secara berkala, eloknya 3 minggu sekali.

Keburukkan yang aku tulis ini hasil dari pembacaan aku sahaja. Tapi nampak cam logik jadi ikut ja la. Harap korang follow nasihat aku ni k.

OK Sekian sahaja coretan aku. Tulisan ini tidak mendapat apa apa bayaran. Free je review..

Jumpa lagi.

Ulasan

  1. Dah pakai aircooler... Tak sejuk pon. Terus pakai portable aircond. Baru sejuk.

    BalasPadam
  2. Begitu ada pemain yang kartunya habis, mejaqq and hondaqq maka jumlah kartu yang tersisa itu dijumlahkan semua. Pemegang total kartu terbesarlah yang dianggap kalah

    BalasPadam
  3. Kenapa aircooler saya tidak Sejuk? Air sampai 1 minggu tidak habis..saya pakai jenama midea.Apa masalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hantar pusat servis atau return semula, air tak naik tu

      Padam
  4. kenape bil lektrik mendadak 2 kali ganda selepas guna air cooler midea ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tnb tak mai amik bacaan kot? ka random tiga bulan terus...

      Padam
  5. Penapis aircooler dah cuci.tetapi blower di dalam berhabuk x tahu macam mana nak cuci

    BalasPadam
  6. Sarah Cooling is the trusted Manufacturer of different types of strong and high-performance Fiber Cooler. we make use of superior grade parts and mechanisms as well as advanced machines. For guaranty its quality, the whole variety of air cooling system is thoroughly inspected on numerous provisions of quality. We are offering Evaporative Cooling Pad, Cellulose Pad, AIR Cooling Pad in different sizes and terms according to the customer’s needs.

    BalasPadam

Catat Ulasan