Sudah-sudahla mencuri tu…
Buat pencuri yang dah dua kali mencuri dikebun
aku…sudah-sudahla mencuri tu..ingatla tuhan tu nampak apa yang hang buat. Nanti
kudung tangan sebab eksiden baru hang tau!
kebun saya...
Ya..ini kisah kecurian yang berlaku dikebun aku sendiri. Dah
dua kali barang aku hilang..Parang,cangkul, gogle, tong racun ,racun daun,racun
lalang,tiub tayar untuk bakar sampah,jarring okid 7 meter,beg hitam untuk
tanaman,jagung dan banyak lagi. Yang aku perasan lepas hujan lebat selalu
kejadian ini berlaku.
Kalau ikut survey dan teori yang aku lakukan suspeknya
mestilah pekebun juga, ada yang kata jiran-jiran kebun yang lalkukan.Tapi aku
tak boleh cakap macamtu sebab tak ada bukti pun. Ada yang suggest boh
perangkap tetapi aku cakap tak perlu takut-takut aku sendiri yang terkena tak
pun kawan-kawan yang singgah masuk nak amik daun pisang ka apa ka ,naya ja.
Aku ingat nak gantung banner je dalam kebun aku dengan ayat
berbunyi begini “ sudah-sudah la mencuri tu..ingat tuhan sama “ .
Tak perlu tempah banner sebab ada beberapa banner lama aku simpan. Beli marker
tulis je kat belakang tu. Best tak idea aku ni?
Memang menyusahkan, terpaksa aku beli parang baru dan
sebagainya. Mungkin ada yang suggest suruh bawak balik je lepas guna.
Sesetengah tu macam racun kang tumpah senyap-senyap dalam kereta takut terhidu
pula. Jadi aku sorok jela didalam semak-semak belakang pokok . Kalau letak kat
pondok memang hilangla jawabnya.
Okla cukupla aku mengomel lepas geram. Apa pun terima kasih
kerana sudi singgah diblog aku ini. Ye ramai blogger yang dah stop menulis
..aku ja yang gagah tulis juga walaupun follower mahupun pembaca yang singgah
tak seberapa.
Dalam kenangan..
Ini entri aku yang terakhir buat tahun 2018 ni ..so aku pun
kena cuti panjang sikit..terima kasih dan jumpa lagi tahun depan..!
Singgah dan follow sini
BalasPadamterima kasih daun keladi..
Padamlukisan sabung ayam sabong ayam
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKami juga menyediakan beberapa game populer saat ini, Judi Bola, Casino Online, Sabung Ayam, Tembak Ikan Joker.
BalasPadamInfo Lebih Lanjut Hubungi :
WA: 0812.2222.996
BBM : PKRVITA1 (HURUF BESAR)
Wechat: pokervitaofficial
Line: vitapoker