Mari bersantai di Bukit Bendera, Pulau Pinang


Assalamualaikum.. Ketemu lagi kita ya.. Sihat ka? Aku pun tengah boring ni.. Idea pun banyak tak singgah kat kepala aku ni.


kad,akses,bukit bendera,penang hill
kad akses untuk keretapi bukit bendera




OK la kita citer pasal jalan jalan jela nak? Destinasi kita kali ni kita singgah di utara tanah air iaitu Pulau Pinang. Pulau Pinang ni memang terkenal dengan makanan, malah ada yang gelar syurga makanan.

Kalau pergi sana kalau perut kenyang boleh la singgah di Bukit Bendera dalam bahasa omputih Penang Hill. Eh tak sama kan translation dia. Memang tak sama tetapi tetap merujuk tempat yang sama.

abc sedap di bukit benderaSebenarnya aku kira banyak kali juga sampai di Bukit Bendera ni. Sebabnya aku memang berasal dari Pulau Pinang. Kembara kita kali ini berlaku beberapa bulan yang lalu. Alang alang tak dak idea baik aku ajak korang hayati Kembara aku di Bukit Bendera.

Bagaimana nak ke sana?

Untuk membolehkan sampai di Bukit Bendera, korang kenala ikut signboard ke Air Hitam,. Rasanya banyak signboard yang menunjukkan arah kesitu. Jika tak nampak, follow je signboard Air Itam nanti akan jumpa jugak signboard Bukit Bendera.


Ada dua cara naik ke atas. Satu boleh hiking dan satu lagi dengan menaiki keretapi. Tetapi biasanya kita pilih keretapi la. Famous sejak dulu kala lagi keretapi ni Dah masuk generasi ke 4.

Nak naik kena la beli tiket. Jangan lupa bawak ic kalau dak kena bayar harga warga asing.


train at penang hill,train,penang,georgetown penang

keretapi generasi ke 2

Apa yang ada di sana?

Skywalk
Skydeck (East)
Skydeck (West)
Keretapi generasi ke2
Masjid
Kuil Hindu
Bel Retiro Gate House
Heritage Post Box
EL walk
Monkey cup garden
Little village
Earthquake and Typhoon Pavilion
Love Lock
Owl Museum
Toy Museum and 5D cinema
Astaka (Cliff Cafe)
David Brown's restaurant
Bellevue Hotel
Penang Hill kacang putih
Henna Art and Spa
The Habitat


prawn noodle,nak makan apa diatas bukit bendera

Time lapar pekena mee udang pun sempoi kan..



dwarf house at penang hill,rumah orang kenit di bukit bendera,bunian diatas bukit

rumah ala ala dwarf  Snow White


penang,hill,bukit,bendera,kacang putih bukit bendera

Dataran ditengah bukit 




sky deck,sky view bukit bendera,the habitat penang

dihujumg laluan boleh lihat pemandangan sekitar Georgetown 


Perlu diingatkan tidak semua tempat menarik ini percuma. Ada juga yang dikenakan bayaran. Perkara macamni memang dah jadi trend biasa dimana-mana kawasan pelancongan.

OK lah sebarang pertanyaan boleh tanya pada mereka ini:

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang
Jalan Stesen Bukit Bendera
11500 Air Itam
Pulau Pinang
Funnicular train,keretapi bukit bendera

suasana di dalam keretapi (Aircond)




Tiket keretapi  online → https://sales.penanghill.gov.my/


Lihat video ------>




jumpa lagi...



Ulasan