Kisah Orang Tua Bermulut Celupar


KISAH ORANG TUA MULUT CELUPAR


old guy,orang tua mulut celupar
Gambar sekadar hiasan


Dimana - mana kawasan pun ada kisah macam ni. Entahla.. sengaja aku tulis entri ini sekadar meluah pendapat terpendam aku ini.

Bila dah tua bukanlah satu lesen untuk memaki hamun merela yang lebih muda. Sepatutnya orang tua kena lebih tenang kerana pengalaman hidup yang telah mereka tempuhi.
Dua tahun lepas adala aku tengok dalam FB berkenaan tauke mee udang yang kasar melayan pelanggan hingga memaksa pelanggan tersebut tularkan dalam media sosial. Ramai jugak la yang tak puas hati.

Anak menantu pun ada komen mengatakan memang mereka sendiri pun agak takut dan sering kena marah. Tetapi menurut mereka walaupun garang tapi hati dia baik.. Uweeek.
Pada pendapat aku kalau baik kenapa nak cakap kasar? Kenapa nak kena maki hamun semuanya tu? Perlukah nak tunjuk kuasa dengan berbuat garang? Pelanggan tu pendapatan kot untuk bisnis dia. Nabi Muhammad junjungan besar kita pun cakap lembut ja dengan umat dia. Dengan yang lebih muda pun tiada baginda cakap kasar pun. Umur tua bukan bermakna boleh cakap kasar, boleh meremehkan orang lain. Jadilah orang tua yang penuh kematangan nescaya sesiapa pun akan hormat anda.

Cukup sampai disini dulu bebelan aku. Semoga pembaca blog ini diberi barakah dalam kehidupan..

See you soon.. 

Ulasan

Catat Ulasan