Penapis Udara Sharp FP-F30L-H (review)



Penapis Udara SHARP Ion Plasmacluster FP-F30L-H



Sharp,ION PLASMACLUSTER,FP-F30L-H,penapis udara sharp,penapis udara mana yang terbaik?
Simple dan praktikal


Penggunaan penapis udara sekarang ini sudah menjadi relevan dengan keadaan masa kini. Baru-baru ini aku ada la membeli penapis udara jenama SHARP fp-f30l1h. Aku survey tentang penapis udara ini takdala pulak ada sapa - sapa yang tulis kecuali dalam website rasmi Sharp. So aku pun buat leputusan buat review sket.

Penulisan aku ini tidak dibayar oleh sesiapa ye.. Aku sekadar ingin berkongsi cerita serba sedikit (untung sharp ye dapat promosi percuma huhu)

Siapa yang memerlukan penapis udara ini?

Sesiapa yang ada membela pets seperti kucing, hamster, anjing ka elok guna penapis udara ini. Hama yang terdapat diudara dapat dibunuh oleh ion positive dan negative yang dilepaskan oleh penapis udara ini. Bagi mereka yang menghidap asthma memang aku syorkan.

Untuk versi yang aku beli ini dia ada function HAZE (jerebu). Kalau musim jerebu nanti boleh la cuba guna nanti. Kalau nak tidur boleh la cuba sleep mode dimana pergerakan penapis sangat perlahan dan sangat senyap.

air purifier,sharp


Dekat kotak ada tulis begini
2 x Dual Action

Plasmacluster Technology reduces certain germs and odors

Viruses, bacteria, odors and mold

HEPA filtration captures 99.97% of allergens

Pollen, dust, pet danger and smoke


Bagaimana ion plasmacluster berfungsi?


Product description

Filter type (Pre-filter)
Yes

Haze Mode
Yes

Replacement filter
FZ-F30HFE

Plug type
Type C (2-pin)

Filter life (Dust Collection)
Up to 2 years

Power cord length (m)
2.0

Filter type (Dust collection)
HEPA

Light control button
Yes (bright / off)

Recommended area
21 m2

Recommended area for high-dens
16 m2

Power input (max. / med. / low)
51 / 30 /13 (P)

Standby power (W)
1.0

Dimension (WxHxD)
400 x 463 x 182

Power Source
220-240, 50/60

Airflow (max. / med. / low) (m3/
180 / 120 / 60

Noise level (max. / med. / low)
47 / 38 / 26

Kenapa pilih SHARP fp-f30l-h? Jujurnya kerana harganya murah he he.. Apa pun setelah menggunakannya rasa berbaloi sangat. Jadi terpulanglah pada para pembaca nak guna mana - mana penapis udara pun. Tujuan aku tulis ni lebih nak menceritakan kebaikan penapis udara itu sendiri..sebab aku google tak banyak pun maklumat..terpaksalah letak maklumat disini mana tahu kot kot ada yang nak beli penapis udara jugak.

Hingga berjumpa lagi... :)

#sharp
#penapisudara
#udarasegar
#freshair

Ulasan

  1. utk yg alergy habuk....resdung, sesuai x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy rasa sesuai sbb dia tulis tapis allergen, pollen. Tu yg org resdung sensitif tu.

      Padam
  2. macam mana pulak dengan penukaran air filter? berapa bulan sekali kena tukar? mahal tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta maaf kerana saya tak perasan ada yang bertanya.. Filternya tahan dua tahun tapi 3 bulan sekali elok la kita bersih kan jaring dibelakangnya, filter tersebut kita vacuum sedikit dan lepas tu boleh pasang semula.. Kita boleh hidu bau angin yg keluar sekiranya ada bau maknanya kita kena Servis macam yang saya bagitau tadi . Tq

      Padam
    2. Nk tukar filter tu mahal x? Beli dekat mn filter tu?

      Padam
  3. Saya pun guna Sharp juga wlpon ad bermacam2 jenis kat pasaran. Husband yg beli & katanya jenama Sharp adalah peneraju terawal penapis udara. Sbb tu pilih Sharp. Haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penapis udara ni, ada perlu agent datang untuk service ke miss?

      Padam
  4. Klw udara yang kluar dr air purifier ni berbau hapak knp ye? Filter seminggu skli bersihkn. Lg stu bleh ke air purifier ni on 24jam?

    BalasPadam
  5. Penapis ni perlu ada agent datang service ke? Sebab ibu saya duduk sorang. Dia x selesa bila ada orang x dikenali masuk dalam rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu..kita boleh bersihkan sendiri..vacum atau guna hairdryer letak jauh sikit dan tembak dekat filter habuk tu

      Padam
  6. Saya pun beli semlm...tq atas perkongsian buat sya yakin...nak beli coway tak berani komitmen 5 tahun dia...

    BalasPadam
  7. Btul tau x pe..coway ke cukkoo pn nak ikat aduh..penat nak tunggu 5 taun..sye pn nak try servey pasl nak sye astma ngan resdung

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, ada jugak Best review psl ni, tgh mencari dan study psl penapis udara ni, utk anak resdung

    BalasPadam
  9. Tq encik atas ulasan, sbb tgh cari penapis udara. Rumah apartmrnt sesuai kot kan. Ruang tak besar.. Nak ambil jenama cuckoo or coway takut nak tambah komitmen bulanan

    BalasPadam
  10. Kalau bulu kucing dia sedut tak..umah flat ada 16 ekor kucing...Tq

    BalasPadam
  11. Bang, filter dia mana ada jual ye..atau boleh cuci..

    BalasPadam
  12. Cara nak bukaa untuk kasi bersih filter , mcm mnaa erk

    BalasPadam
  13. Kalau bela kucing , hilang tak bau yang kurang enak tu🤣

    BalasPadam

Catat Ulasan