ILMU SEMANGAT HARIMAU DALAM BANGSA MELAYU
Di dalam budaya masyarakat Melayu di Tanah Melayu suatu ketika dahulu, wujud satu kepercayaan mengenai lagenda semangat Harimau terutamanya ketika Malaysia belum lagi mencapai kemodenan yang dapat kita lihat seperti hari ini.
Kadang-kadang kekeliruan berlaku bila kita mengatakan berkenaan Harimau Datuk (Tok Harimau), Harimau Jadian dan Manusia Harimau. Pelbagai istilah yang digunakan dalam mengatakan berkenaan jenis harimau di atas.
HARIMAU DATUK (TOK HARIMAU) :
Harimau Datuk atau dalam bahasa mudahnya Tok Harimau adalah harimau penjaga kampung atau sesuatu daerah itu. Harimau ini asalnya adalah harimau yang sebenar yang hidup di hutan rimba. Kemudian harimau ini di pelihara oleh orang yang berilmu tinggi dalam ilmu harimau. Harimau ini menurut perintah tuannya, boleh disuruh untuk membuat apa sahaja.
Biasanya pemiliknya mempunyai ilmu perabun yang membolehkan harimau itu tidak boleh dilihat oleh orang lain. Biasanya pemilik bagi Ilmu Tok Harimau ini adalah orang yang baik-baik yakni alim yang ingin mengekalkan keharmonian di dalam sesuatu kampung itu. Jikalau di lihat secara fizikal atau luarannya kadang-kadang pemilik ini seperti orang biasa-biasa sahaja.
Harimau yang dimiliki oleh pengamal ilmu ini, pada masa-masa tertentu ianya akan balik ke hutan dan hidup liar seperti harimau-harimau lain, boleh berkembang biak serta memburu makanannya. Bila di panggil oleh tuannya atau bila diperlukan pada masa tertentu ia akan segera datang dengan kekuatan ilmu angin dari pemiliknya.
Biasanya bila berada berdampingan dengan pemiliknya, bertih akan diberi sebagai makanan kepada harimau datuk ini sebagai imbuhan hubungan erat antara pemilik dengan harimau yang di pelihara. Kadang-kala harimau ini juga akan datang ketika ia rindu akan tuannya terutamanya pada waktu malam. Saiz harimau datuk biasanya sebesar lembu dewasa dan berjantina jantan. Andainya diperlekeh ianya akan menampakkan diri, walaubagaimanapun tidak menganggu jika tidak melakukan perkara yang tidak menganggu ketenteraman.
HARIMAU JADI-JADIAN (HARIMAU JELMAAN) :
Harimau Jadi-jadian merupakan makhluk halus yang berdamping dengan manusia sebagai sahabat. Biasanya makhluk halus ini akan merupakan diri atau menjelmakan diri sebagai harimau jadian jika terdapat kesusahan atau tuannya itu dianiaya.
Makhluk-makhluk halus tersebut biasanya akan menjelma di dalam bentuk harimau kerana mereka ingin memenuhi permintaan tuan mereka serta harimau merupakan binatang yang signifikasi dengan kehidupan bangsa Melayu dan sikap binatang tersebut yang garang mampu mengerunkan musuh-musuh mereka juga menjadi pendorong bentuk harimau dipilih dalam penjelmaan ini.
Terdapat perjanjian antara manusia dan makhluk ini agar perhubungan mereka dapat diteruskan dan ianya sentiasa diperbaharui. Makhluk halus ini juga berfungsi untuk menjadikan manusia yang sebagai sahabatnya sentiasa digeruni apabila dipandang. 'Harimau' ini juga berfungsi sebagai penjaga bagi rumah, keluarga, kebun atau harta benda bagi tuannya. Kebiasaannya pendamping itu merupakan jin atau syaitan yang telah membuat perjanjian dengan manusia tersebut.
Penjelmaan harimau jelmaan ini juga berlaku pada kerap kali berlaku pada waktu malam atau ketika pemilik bagi ilmu ini sudah meninggal dunia, kebiasaannya senario ini berlaku apabila ada saksi yang merasakan deruan angin yang kuat dan melihat kelibat 'manusia' namun setelah itu kelibat 'manusia' yang dilihat oleh mereka itu tadi lesap dan mereka hanya mendengar ngauman seekor harimau jantan. Hal ini biasanya berlaku di kawasan-kawasan kampung sahaja.
MANUSIA HARIMAU (HARIMAU JADIAN) :
Harimau jadian atau were-tiger merupakan manusia yang mempunyai ilmu harimau dan mempelajarinya sehingga boleh berubah rupa kepada bentuk harimau itu sendiri. Ilmu ini didapati melalui mempelajarinya dari seseorang yang mempunyai ilmu sebegini ataupun mendapatnya melalui saka.
Biasanya orang sebegini mempunyai kekuatan yang berlipat ganda dari kekuatan orang biasa apabila menjadi harimau. Ia juga mempunyai ilmu perabun dan ilmu angin yang tinggi. Orang sebegini biasanya sentiasa digeruni oleh orang disekelilingnya dan binatang liar mahupun harimau biasa. Dikatakan ilmu ini juga lebih hebat berbanding Ilmu Tok Harimau serta Ilmu Harimau Jelmaan.
Pengguna bagi ilmu ini juga dikatakan mampu bersilat seperti seekor harimau dan mempunyai gerakan seperti seekor harimau. Mengikut lagenda , bangsa Melayu Kerinchi merupakan suku yang mempunyai kebolehan di dalam mengubah bentuk mereka kepada Harimau Jadian ini tanpa memerlukan saka bagi membantu mereka dalam transformasi tersebut. Wallahualam...
Tidak pasti jika perkara ini benar, namun sehingga hari ini kebolehan mengubah bentuk mereka ini dikatakan masih dirahsiakan oleh mereka kerana dikhuatiri akan jatuh ke tangan orang yang salah. Kebolehan yang dimiliki oleh pengguna ilmu ini juga membolehkan mereka menggunakan ilmu ini untuk menentang makhluk hutan yang diberi gelaran Big-Foot yang mana sering menganggu anak-anak dara di dalam sesebuah kampung yang mana kelemahan lain bagi Big-Foot tersebut adalah mereka juga takut akan api.
Wallahualam...
Copy paste ja
Kredit sumber asal : aliveassassinmuhdalifbinwahab.blogspot.my
Ulasan
Catat Ulasan