Assalamualaikum…dan salam satu dunia.
Kucing sebagaimana banyak orang tahu ialah makhluk yang comel dan manja. Kalau ada yang takut dengan kucing,nak pegang pun takut ,itu boleh diterima lagi.Yang aku tak boleh terima bila ada manusia membuli haiwan yang lemah ini.
Dulu pernah viral dalam facebook bagaimana seorang wanita memijak perut kucing sampai terkeluar isi perut dan bagaimana kucing itu menjerit harus seolah – olah merayu jangan menyiksanya lagi. Bila tengok video tersebut aku sangat sedih, dimana hati budi manusia ini? Apalah dosa sikucing tersebut?
Sebenarnya aku nak bercerita perihal kucing diatas. Kucing ni aku namakan dia sebagai Boboi, semperna cerita boboboi ha ha. Rumah aku dah bermacam-macam kucing singgah. Bila aku nak masuk rumah kadangtu ada je kucing nak masuk. Aku pun selalunya aku bagi jela kucing masuk. Bila dah selalu kucing masuk maka terpaksalah aku membeli sedikit makanan kucing. Kesian jugak kan , mereka pun lapar juga.
Boboi ini dia selalu tidur dihadapan rumah sebelah. Hari-hari bila aku lalu tidur ja dengan muka nampak sedih. Jiran aku dia bela kucing, mungkin makwe dia ada kat situ yang dia selalu tidur depan rumah jiran tu. Setiap kali aku lalu aku tegur dan pegang dia buat mata kuyu ja. Cuma pada suatu hari ketika aku balik kerja tiba-tiba siboboi ni datang dan terus nak masuk dalam rumah. Aku pun bagi jela masuk dan bagi makan. Banyak juga kesan-kesan luka dibadan dan juga luka yan dalam dibahagian dubur. Aku pun merawat la kucing ini. Setiap kali dia dating aku sapu ubat. Yang menghairankan setiap kali luka sembuh, bahagian lain pulak yang cedera. Kesian sampai berdarah-darah seolah-olah kena pukul teruk. Muka sampai bengkak sebelah. Maka aku pun jagalah boboi dalam rumah. Bila dia ok aku lepas,dan bila dia singgah time aku balik keja memang akan luka terkoyak semua adala.
Ini bukan disebabkan kucing bergaduh tetapi manusia punya hal la ni. Kalau kucing sama kucing bergaduh jarang berlaku teruk macam ni. Sampai darah meleleh dari muka. Celakalah kamu manusia yang jadi pembuli.Aku boleh menjangka kenapa boboi dipukul, boboi ini dia cuma bagi orang usap kepala dia sahaja kalau bahagian lain dia akan marah dan cuba mengigit. Setelah aku siasat ada manusia yang menendang perutnya sebab itu dia tak bagi sebab mungkin sakit dan phobia.Kalau kita angkat sambal pegang perut dia tak marah pulak cuma jangan usap perut dia aja. Kalau kucing tu tak hendak kat korang janganlah diganggu lagi..lepaskanlah tak payah nak pukul balik bersungguh-sungguh.
Boboi ni kalau ada yang bagi makanan dia akan sayang orang tu. Aku pun kena juga gigit kalau terpegang perut dia habis kuat tolak ja la ketepi takdala nak pukul-pukul. Ingat jangan kita membuli haiwan yang lemah ini. Sayangilah makhluk yang comel ini..meeoowww.
Ulasan
Catat Ulasan