Why me? Kenapa mesti aku?
Why me? Kenapa aku? Pernah tak kita cakap atau rasa macam
tu dalam hati? Selalunya kalau dah luah macam tu rasanya adalah benda atau
perkara yang kita tak puas hati. Betul tak?
Balik-balik aku balik balik aku..kenapa mesti aku yang
kena buat semua ni..boss tak adil,bodoh,bla..bla.. Bila dah jadi macam ni boleh
dikatakan tahap stres kebarangkalian berada pada paras tertinggi. Boleh meletup
kalau tak kena gaya.
Kenapa tiba-tiba aku buka bab ni? Adakah aku tengah
stres? Sebenarnya tidak pun. Cuma dah lama aku nak tulis bab ni cuma tak ada
masa.Aku ada juga terdengar benda-benda luahan ini dalam radio dan teringin nak
tulis dalam blog walaupun idea aku tak banyak mana pun. Aku tahu ramai malah
rasanya hampir semua akan mengalami situasi rasa tak puas hati bila ditimpa
musibah atau rasa dibuli oleh keadaan semasa. Kepada yang ditimpa atau
mengalami perasaan ini, bertabahlah dan bertenang. Hidup memang mencabar dan
kita harus akur.
Oklah buat yang mengalami rasa macamni, kita boleh
turunkan paras stres ni dengan memperbanyakkan zikir, kerana zikir boleh buat
hati kita tenang. Kalau rasa stres ditempat kerja ambil cuti panjang
sekurang-kurangnya seminggu. Ye dengan bercuti panjang mood kita akan kembali
normal. Percayalah. Bila bercuti panjang tak semestinya kita kena berhabis duit
dengan melancong. Tak melancong pun boleh juga. Kita boleh ambil peluang untuk menziarah sanak – saudara
dan ibu-bapa. Kalau memang ada modal banyak boleh la melancong, sebab melancong
memang baik untuk hilangkan stres. Kalau ada hobi boleh la tumpukan perhatian
lebih sikit sekurang-kurangnya tidak la rasa stres melampau.
Kepada pembaca blog yang tertunggu-tunggu entri baru ,aku
minta maaf sebab aku terlampau sibuk dengan macam-macam urusan. Buat semua
selamat berpuasa diucapkan. Semoga kita mendapat keberkatan dibulan yang mulia
ini.
Ulasan
Catat Ulasan