Kenapa
Orang Melayu Makan dengan Tangan?
Tangan sape ni...baik ngaku..
Soalan ini dijawab dengan mudah pada hujung abad ke -19
oleh Tengku Kudin kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor.
Perkara ini diceritakan oleh isteri seorang pegawai
tertinggi British yang berkhidmat di Selangor dalam bukunya “Chernose – The Guilding Off” karya Emily
Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen
Inggeris menghadiri suatu jamuan makan malam di rumah residen tersebut. Ketika
semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin
tiba-tiba menuju kearah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan
tetamu lain yang menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap
makanan dengan tangannya ---!
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita
Inggeris yang berada disisi beliau. Merasa tertarik dengan apa yang berlaku
wanita tersebut lantas bertanya “ Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah
menggunakan sudu dan garfu lebih bersih dan sopan?”
Dengan bersahaja dijawab Tengku Kudin dengan lantang
supaya dapat didengari oleh tetamu yang lain.
Katanya ; “Saya makan dengan
tangan sekurang-kurannya ada tiga sebab : Pertama
– saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri
yang membasuhnya. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu
bersih. Kedua – saya yakin tangan
saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang sahaja yang
menggunakannya; tidak pernah dipinjam oleh orang lain sedangkan sudu dan garfu
itu ramai yang menggunakannya. Ketiga
– saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam
longkang…!!”
(Sumber : Berita Darulnaim)
Logik juga alasan tu. hehehe
BalasPadamYe meme lojik.. :)
Padam