Suatu hari diHari Raya - Terkenang Semasa Dahulu

Suatu hari diHari Raya –terkenang semasa dahulu

Mekah,mecca,kaabah

Hari raya pun bakal menjelang tiba tak lama lagi. Persiapan raya macam mana? Bagi aku raya tahun ni aku sambut secara besederhana sahaja, yelah kenalah budget sikit lepas raya pun nak kena belanja juga. Aku cuma cuti tiga hari bermula sehari sebelum raya, raya ketiga aku dah kena bertugas semula. Bagi mereka yang pernah baca entri-entri aku sebelum ni mungkin tahu dah banyak kali raya aku kena kerja. Demi tugas buat juga la kan.


Jum aku nak imbas kembali zaman-zaman kecik, remaja dan dewasa aku beraya. Masa kecik-kecik dah tentu ronda satu kampung cari duit raya. Lokasi lain ialah dikawasan perkuburan he he. Mudah juga dapat duit ni. Dapat duit mulalah pergi makan sedap-sedap, main game dan sebagainya. Duit habis ronda lagi pergi beraya. Itulah rutin tiap-tiap tahun bila tiba beraya.

Bila dah remaja sikit, collection biasanya lebih sikit mak-bapak bagi termasuk dari pakcik dan makcik. Cara beraya pun dah lain sikit. Nak nampak kemas sahaja bila nak kemana-mana. Selalunya time remaja ni memang nak kena control hensem,macho dan sebagainya. Sasaran beraya selalunya rumah awek-awek la hihi. Sepupu ajak la , kawan ajakla memang jaang tolak ikut je la. Salah satu peristiwa tu aku temankan sepupu aku pergi beraya disatu rumah awek yang dia berkenan ni. Naik bas tau kesana. Bila balik awek ni pun teman sampai ke bus-stop dan asyik bersembang dengan aku je. Sepupu aku punyala murka hihi ..sapa suruh ajak aku ye tak? Memang aku tengah hensem  giler time tu… J.

Bila dah dewasa lokasi aku dah berubah. Banyak pergi rumah sedara-mara untuk mengingatkan kita ni ada sedara mara sebenarnya. Lokasi seterusnya ialah menziarahi kubur kebiasaanya raya keempat atau kelima. Bila berada kubur dan membersih kawasan sekitarnya timbulah keinsafan dalam diri (biasanya kejap ja).Balik dari kubur mungkin melantak kuih ke lemang yang ada diatas meja.Kini diwaktu usia tua ni giliran aku pula member duit raya. Jarang-jarang aku beri sebab kebanyakkan raya aku bekerja. Jadi aku bagi sekadar budget aku sahaja la. Kalau habis memang tak bagila.


Apapun dikesempatan ini aku mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri yang bakal tiba nanti..

‘Pandu cermat, jiwa selamat’

Ulasan

Catat Ulasan