Kenapa Saya Tidak Suka Cinetron Indonesia

   

 Kenapa saya tidak suka cinetron dari Indonesia

cineron,indonesia,yasmin,cinetron terbaru,tv2,tv3,slot baru cinetron,tidak_suka
gambar hiasan


Buat peminat cinetron dari seberang jangan ambil hati dengan entri ini. Entri ini bukan nak cari gaduh sekadar luahan ikhlas pandangan saya je.

Kenapa saya tidak suka?

1.      Episod yang terlampau panjang. Sampai beratus-ratus episod sedangkan rahsia semua penonton dirumah dah tau.
2.      Emak dan anak perempuan nampak cam sebaya. Citer kat Malaysia pun ada juga yang tiru macam ni sikit-sikit.
3.      Menghendap sikit punya jauh tetapi boleh dengar apa yang orang lain bual (lainla kalau pakar baca gerak bibir).
4.      Bila nak luah perasaan atau rahsia ada ja yang menyampuk ganggu.
5.      Banyak bercakap dalam hati
6.      Cinta tiga segi,empat segi dan lima segi –elemen penting ni , boleh dikatakan semua cinetron mengandungi elemen ini.

Sebenarnya itu sahaja yang buat aku kurang gemar nak tengok. Episod setakat 20 episod cukupla. Tak payah nak follow sampai beratus-ratus. Bab pelakon tu takda la masalah sangat. Kecuali part mak yang nampak muda sangat.

Kalau takda citer aku tengok la juga nak wat camna…
Sekian terima kasih… J


p/s: banyak benar peristiwa kematian melibatkan rakan-rakan aku..tiada yang kekal melainkan Allah jua

Ulasan