Berbuat baik meski tiada mata memandang
Assalamualaikum dan salam satu dunia..
Lama juga aku tak post disini kan? Maaflah ada urusan
yang agak penting yang kena dibuat dan aku mengambil kesempatan untuk berehat
dari menulis baru-baru ini. Oklah back to
topic kita pula kali ini.
“Berbuat baik meski tiada
mata memandang”
Apa benda aku nak citer ni? Well citernya senang dan
simple ja..kisahnya begini:
“Suatu
hari aku pergi makan char-kuey-teow, meme sedap!. Lalu aku menceritakan kisah
aku ini kepada kawan aku yang tinggal dikawasan tersebut lalu dengan muka yang
serious kawan aku bagitau orang situ memang tak suka makan kat situ. Oh!
Kenapa? Aku mula bertanya pada rakan aku apa sebabnya. Menurut kawan aku
diwaktu petang balang jeruk ada yang terbuka dan banyak lalat menghurung dan ada
juga yang nampak beberapa lalat pernah jatuh didalam baling. Kisah kedua,
pernah sekali ternampak sudu jatuh diatas lantai dan tanpa membasuh diletak
semula kedalam pinggan.” -
tamat kisah.
Secara rumusannya aku nak simpulkan begini : disebabkan pekerja dikedai tersebut
merasakan tiada yang nampak maka diambil semula sudu tersebut dan diletak
kedalam pinggan. Perbuatan pekerja tersebut telah dilihat oleh orang lain maka
kedai tersebut mendapat publisiti yang buruk (bad
publicity). Yang rugi ialah majikannya, makanan sedap macam mana
pun kalau pekerja pengotor memang takkan maju kedai beliau.
Disini pentingnya nilai-nilai murni dalam sesuatu
organisasi. Pentingnya nilai ini diterapkan dalam diri setiap pekerja (walau
kena paksa sekalipun) agar imej organisasi yang diwakilinya tidak tercemar.
Dalam hal lain pun boleh berlaku, contohnya dikawasan
perumahan seperti flat dimana masalah pembuangan sampah berleluasa. Malas nak
berjalan buang saja sampah sesuka hati sebab tiada mata yang melihat.
DiMalaysia tahap kesedaran sivik kita tidaklah sehebat mana (maaf) berbanding
negara maju yang lain.
Memang banyak manusia bersifat begini bila tiada mata
melihat mulalah ambil kesempatan, ambil mudah, curi tulang dan sebagainya. Ini
cuma sebahagian dari contoh diharapkan para pembaca blog ini juga mempunyai
tahap kesedaran sivik yang tinggi. Diharapkan apa yang aku cuba sampaikan dapat
difahami oleh kalian..
Oklah untuk kali ini, lain kali kita sembang lagi…
ByeJ
-p/s : tak larat nak hurai panjang2 he he
insya Allah. saya akan amalkan nasihat ni. :D
BalasPadam:)
PadamNasihat diatas sangat-sangat bagus untuk di aktualisasikan dalam hidup sehari-hari kita... Sangat bermanfaat. Terimakasih banyak..
BalasPadam