Cara menangani anak yang mengamuk


Tips berikut untuk mereka yang mempunyai anak yang masih kecil

Imej kredit : gifthub.com

Bila anak mengamuk

Bertenang -Jangan marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis.

Peluk -peluk dan tenangkan anak sambil bacakah Surah Al-Fatihah.

Pujuk – memujuk dengan cara yang sebaiknya. Dukung atau pegang dan belai rambutnya. Cuba tanya kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang yang beri perhatian.

Nasihat – Setelah anak penat mengamuk, cuba belai dia dengan lembut dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan tadi adalah salah. Katakan juga dia akan lebih disayangi jika bersikap baik.

Pastikan anak anda selamat – Menenangkan anak dan memastikan keselamatan anak. Beri perlindungan kepada anak supaya dia tidak berasa takut dan lebih selamat.

Jangan menghukum – Elakkan memukul dan menengking anak, ini akan menyebabkan anak anda mengamuk dengan lebih teruk dan menggangu emosi anak.

Asingkan anak- Jika boleh, asingkan anak anda pada suatu sudut atau dalam sebuah bilik bersama anda.

Sistem ganjaran- Katakan kepada anak jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen bersama atau membaca bersama-sama.

Bersikap tegas – Sesekali jika perlu, tegas adalah langkah yang baik juga ditunjukkan. Jika dia mengamuk katakan bahawa masa bermainnya akan dipotong.Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda buat.

Jangan beri hadiah – Elakkan memberi apa yang diinginkan anak apabila mengamuk kerana tidak mustahil dia akan melakukan perkara sama untuk mendapatkan sesuatu.

Alih perhatian anak – Ketika membeli belah bila anak tunjuk sesuatu, cepat-cepat alihkan perhatiannya. Bawa dia ke bahagian lain.

Tempat awam – Apabila anak mengamuk ditempat awam, bawa dia ketempat yang lebih senyap dan tenang. Contoh didalam kereta.



"Selamat Menyambut Kedatangan 2016"


jumpa lagi..


#2016
#tahunbaru

Ulasan