Aku dan Blog yang tidak femes
“Tak femes pun” “tak pernah dengar pun nama blog ni?”
Satu ungkapan biasa yang aku dengar pasal aku dan blog aku. Well aku tak
salahkan rakan aku jika tak pernah dengar, tak pernah jenguk pun aku tak kisah.
Sebagai blogger part-time femes ke tak femes ka bukan masalah. Janji aku puas
dan sekurang-kurangnya ada juga yang sudi singgah.
Ada yang mencadangkan agar aku tulis pasall peristiwa Lahad Datu suatu ketika dulu agar
trafik banyak. Sebenarnya tak ada salah pun cadangan tu.. Dari mana aku nak
dapatkan maklumat tersebut? Dah tentu aku akan ambil dari laporan akhbar
tempatan dengan gambar-gambar menarik dari google. Dah tentu juga
blogger-blogger lain yang tulis pasal kes ini pun akan berbuat benda yang sama.
Memang ramai yang ingin tahu perkembangan cerita tersebut. Masalah buat aku
pula ialah aku pun sebenarnya sibuk juga dengan benda-benda lain, takkan aku
nak hadap laptop sepanjang masa. Dah tentu berita yang aku tulis tu semuanya
copy paste semata-mata. Yelah aku bukannya wartawan nak pergi kesana untuk
dapatkan berita. Copy paste bukanlah sesuatu yang aku suka buat (kecuali info
yang bermanfaat seperti tip kesihatan dsdnya..). Jadi eloklah aku baca je
berita yang dipaparkan oleh wartawan-wartawan suratkhabar tu.
Kalau ikutkan ada sahaja cara nak cepat femes dan dapat
trafik tinggi. Bukannya susah sangat tulis je cerita-cerita merapu cepatla
femes tuh. Contoh : Najib umum letak jawatan malam ini,
post je ke FB dan tengok ribu-ribu trafik masuk. Esoknya post pulak gambar artis
wanita kantoi dilokasi penggambaran..dah tentu ramai yang
singgah. Tetapi bila buka penuh dengan iklan dan cerita confirm tak de kena
mengena dengan tajuk pun. Lain cara tulis pasal politik atau gossip artis, yang
ni pun lambat-laun akan femes jugak. Tetapi aku bukan nak cari dosa kering jadi
aku tak suka tulis benda yang bercampur baur dengan gossip dan fitnah ini.
Kalau sekadar nak ucap tahniah sebab artis kesayangan baru kahwin dan
memuatkannya dalam blog tiada masalah pun pada pandangan aku. Sebab berita
macam tu memang sah betul.
Lain
padang lain belalang, lain blogger lain la caranya. Ada
juga yang menulis tanpa kisah apa-apa pun. Ada orang baca ke tak ada ke dia tak
peduli. Aku sanjung juga blogger macam ni tak terikat pada apa-apa pun. Tak
macam aku ..sekurang-kurangnya kena ada post jugak setiap bulan, nak maintain
trafik konon he he. Yelah pada aku kalau takder sesiapa baca langsung pun tak
best jugak ..penat tau menaip ni. Kebiasaanya yang jenis tak kisah ini ialah
blogger yang menjadikan blog sebagai diari dan tempat meluah perasaan.
Kalau ikutkan hati banyak aku nak tulis
sebenarnya..tetapi cukuplah setakat ini sahaja. Sekurang-kurangnya kawan-kawan
aku faham kenapa aku tidak femes ha ha (tu pun kalau diaorang baca la..)
Sampai berjumpa lagi..terima kasih daun keladi..
Tata
saya pun macam tu. dalam nak kejar trafik punkadang terpikir macam mana orang boleh buat entry gosip liar tu. dosa je nanti. baik jadi blogger picisan je.
BalasPadamSetuju :)
Padamfemes ka x kemes ka.. xpa.. yg penting hati kita ikhlas blogging.. dan yang paling penting.. x tulis benda tak betul or mengaibkan orang lain.. :)
BalasPadamHe he nice comment.. Betui betui
Padamsaya pun tak femes.tak perlu femes, tulis dari hati, pengalaman lebih bernilai
BalasPadamPengalaman memang mahal.. :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBlog hana xfames.blog sebagai tempat luah perasaan n berkongsi info.yg penting kita berpuasati dengan pnulisan kita.kadang2 bleh wat ilang boring :)
BalasPadamYe setuju juga.. Blog juga suatu hobi yang melibatkan kepuasan diri..
PadamBlogger perlu ada matlamat dan tidak perlu ikut cara orang lain. Kita kejar matlamat yg kita sendiri tetapkan...kejayaan itu lebih bermakna walaupun hanya kita sendiri yg mengetahuinya.
BalasPadamSemoga terus bersemangat berblogging :)
InsyaAllah dan terima kasih :)
Padam