Aku orang ada-ada
Assalamualaikum..
Awal 2015 hingga kini merupakan hari-hari yang sibuk buat
aku. Penuh aktiviti, kiranya nak bercuti jalan-jalan tu memang tak sempat. Ini
pun aku curi-curi masa nak menaip untuk korang.
Oklah kali ini aku nak berkisah-kisah tentang aku pulak.
Lama juga tak cerita pasal tuan blogkan? J
Kebanyakkan kawan-kawan sering sebut perkataan ini, kau
takpela orang ada ada. Mungkin ada
yang tak paham maksud orang ada-ada ini, lebih kurang begini: maksudnya orang
tu jenis senang dan selalu ada duit. Harap faham ye beza orang ada-ada dengan
orang mengada-ngada ni hehe.
Aku pun sebenarnya kurang pasti samada diaorang perli ke atau
memang diaorang anggap begitu. Kalau depan orang ramai dikatakan begitu pada
aku,aku buat dono jer tanpa sebarang reaksi.Habis kuat pun sengih jela..kalau
layan takut menjadi-jadi pulak. Aku rasa aku takde apa pun yang melayakkan
digelar begini, pangkat pun rendah je, anak dato’ pun bukan cucu datuk ye.
Apabila salah seorang rakan tempat keja cakap macamtu suatu
hari aku pun tanyala kenapa kata aku macam tu. Dia pun jawab, memang semua
orang anggap aku macam tu kalau sebut nama aku jer diaorang akan kata dia takpala
orang ada-ada. Kata rakan aku lagi,
dia tengok aku macam senang je takder masalah selalu jalan-jalan bila cuti.
Lalu aku mempertahankan diri dengan
silap tanggapan korang tu, aku pun sama ja macam orang lain ada masalah
tersendiri cuma aku tak bercerita masalah aku sebarangan. Bab jalan-jalan tu
memang aku rancang lebih awal dan ada juga yang tak dirancang pun.
Apa yang dirancang dan apa pulak yang tak dirancang?
Begini, yang tak
dirancang contohnya aku menghadiri sesuatu kenduri atau jemputan tertentu
disuatu tempat. Alang-alang dah berjalan jauh tidurlah semalam atau
ronda-rondalah tempat menarik disekitar event tu berlangsung so serampang dua
mata la..sambil makan kenduri sambil jalan-jalan. Yang dirancang pula macam percutian dalam negara atau luar negara.
Untuk makluman aku memang dah lama sangat tak keluar negara sebabnya biarlah
rahsia kih kih. Ok sambung cerita balik, biasanya aku simpan duit sikit-sikit
macam duit syiling dan kadang-kadang aku tambah la duit kertas sikit. Aku
kumpul tin banyak-banyak. Bila hampir masa aku nak pergi bercuti aku tukar la
syiling yang aku kumpul dan jual tin-tin minuman. Janji lepas duit tol dan
cover duit hotel sikit pun jadila. Yang lain-lain tu guna duit sendiri..ini
salah satu cara aku berbelanja bila bercuti. Ada juga yang disponsor tetapi
yang itu lain cerita la kan.
Dikesempatan ini aku sekali lagi mengucapkan terima kasih
kepada mereka-mereka yang selalu singgah, biar pun entri aku tiap-tiap bulan
tak banyak mana pun. Awal 2015 tempohari aku ada kata nak beli rumah dan
usahakan tanah.Alhamdullillah semuanya jadi realiti. Ini yang buat aku sibuk.
Nak cat rumah, nak menanam dikebun lagi. Ambik cuti untuk buat pondok pun tak
siap-siap lagi. Kalau dah siap takla panas aku lepak dikebun nanti..
kerja-kerja menolak pokok-pokok
kosong lagi..
Oklah sehingga berjumpa lagi….sayang awak awak semua..
singgah baca entri kat sini...follow dan isi tabung..
BalasPadamBaiknya.. Terima kasih :)
PadamSeronok tu ada kebun sendiri, tiba musim menuai hasil, tu yang paling best :)
BalasPadamHarap Harap begitulah yer :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSemoga sukses atas segala yang diusahakan
BalasPadamTerima kasih
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamsalam kenal
BalasPadamhttp://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/george-kucing-berdiri.html
Ye sama sama.. Selamat berkenalan:)
Padam