Teluk Kampi, Taman
Negara Pulau Pinang
Pada cuti Tahun Baru
Cina baru-baru ini aku telah berkunjung ke Teluk Kampi atas ajakan rakan
sekerja. Bila diajak ke Teluk Kampi aku terpinga-pinga kat mana tu? Pulau ke?
Setelah di google rupanya terletak dalam kawasan Taman Negara, Pulau Pinang. Aku
pernah berhiking ke sana dulu ke Pantai Kerachut dan Rumah Api Mukah. Kali ni
aku aku tak berhiking pon naik bot terus ke Teluk Kampi, khemah pun dah ada
orang pasangkan..aku cuma perlu sampai ja.
Jeti Sungai Pinang, Balik Pulau
Sampai disana aku dapati
sudah banyak khemah dipasang. Ada yang tengah mandi-manda ada juga yang mencari
siput (ala-ala). Aktiviti aku disana kebanyakkannya ialah makan-makan ha ha.
Terdapat beberapa
kemudahan awam disini seperti bilik mandi, tandas dan surau. Pejabat ranjer
juga ada disini untuk memantau sebarang aktiviti dan menjaga keselamatan awam.
Mengikut rakan aku
beliau dan beberapa ahli keluarganya yang lain akan datang kesini apabila tiba
Tahun Baru Cina. Dimana tiap kali cuti perayaaan Tahun Baru Cina mereka akan
berkhemah disini. Waktu aku sampai disitu ada yang sudah dua minggu berkhemah.
Dahsyat juga kan bunyinya. Periuk nasi, pinggan mangkuk, tong gas semuanya akan
dibawa kesini.Yang ni geng-geng rakan aku la. Yang berkhemah biasa-biasa pun
ramai.
Bagi mereka yang tak
pernah kesini dan ingin berkhemah disini dinasihatkan cubalah berhiking untuk
kesini. Sila ambil nombor telifon bot mana tahu nak balik nanti tak larat pula
kan. Daftar nama anda dipejabat Taman Negara in dan out.
Jumpa lagi
p/s -Ada problem sikit dengan pc..entah kenapa tah..
belum lagi sampai ke sini..
BalasPadamBoleh try hiking disini bila sampai nanti
Padam