Ais batu paling mahal di dunia

Glace ice
Creator
Paket ais

Ais batu paling mahal didunia


Sekarang ni musim panas mesti kerap minum air bersama ais batu kan? Kalau dibiar lama makin cair la ais batu tersebut,betul tak? Bila dah cair rasa air yang diminum mesti berubah sedikit.


Syarikat Glace Luxury telah mencipta ais batu yang tahan cair yang dibuat dari sumber air mineral semulajadi. Istimewanya ianya adalah buatan tangan yang dihasilkan dari bongkah ais seberat 136.078 kilogram.


Cara membuatnya sangat rumit. Sumber air semulajadi yang benar-benar bersih akan dipilih terlebih dahulu sebelum ianya diproses. Air ini akan dimasukkan ke dalam acuan berukuran 8000 kubik inci. Air ini kemudiannya akan dikacau secara perlahan-lahan untuk membebaskan gas-gas yang terdapat didalamnya hingga tahap separa beku.


Ais separa beku ini kemudiannya akan dibekukan menggunakan ais kering dan disembur sesuatu supaya kelihatan bersinar seperti kaca.Kemudiannya diukir membentuk sfera atau kiub dan dibungkus dalam beg kedap udara yang boleh dibuka dan ditutup semula. Tujuannya ialah untuk mengelak dari terdedah kepada udara kotor.


Menurut penciptanya, disebabkan proses membuat yang rumit menjadikan ais ini bersifat sifar rasa berbanding ais biasa. Ia didakwa membolehkan pengguna memaksimum pengalaman menikmati minuman kegemaran mereka. Rekaannya yang unik menjadikannya tahan cair dengan penyejukkan maksimum.

Ais biasa yang  diperbuat dari air paip tempatan dan dikatakan mengandungi lebih dari 150 kotoran dan karsinogen yang boleh menyebabkan penyakit kepada pengguna. Kotoran ini juga menyebabkan ais memiliki rasa yang tersendiri dan sedikit banyak mempengaruhi rasa sebenar minuman yang diminum.


Berapakah harga ais batu ni? Nak beli dikedai-kedai biasa memang tiada. Biasanya ianya dijual pada harga USD325.50 untuk satu beg ais yang mengandungi 50biji ais batu. Kalau sebiji dalam ringgit kira-kira RM20.60 tetapi tidak dijual seketul-seketul.Kalau nak kena beli dalam satu pek 50 ketul.


Bersaiz 2.5 inci seketul ianya cukup untuk 250 mililiter air. Ais berbentuk kiub atau juga dikenali sebagai G3 mampu bertahan selama 15 minit hingga 40 minit tanpa cair manakala yang berbentuk sfera pula atau Mariko Sfera hanya mampu bertahan dalam 15minit hingga 30minit kerana saiznya yang lebih kecil.


Ais batu mewah ini diasaskan oleh Roberto Sequiera seorang pensyarah fakulti perniagaan di salah sebuah unnversiti di California.


Camner? Nak order?



Kredit info : Infiniti,Nurul Fadhlin Che Ismail


Ulasan

  1. Hahahaha...bangang..

    BalasPadam
  2. macam macam dengan teknologi

    BalasPadam
  3. Lebih baik beli batu ais RM0.50 hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul... Ais mahal ni utk yg banyak sangat duit boleh la..

      Padam
  4. wah..mahal betul...nak minum pon mesti taknak bazir walau setitik pon, hehe

    BalasPadam
  5. mahalnya...siapa yang nak buang duit bolehlah beli...hehehe

    BalasPadam
  6. Huhu ais je pun.xnampak lg kat malaysia ni.jual online kali kan tahan cair.hehe

    BalasPadam
  7. Ciptaan merepek untuk orang kaya yang pendek akal.

    BalasPadam

Catat Ulasan