Infused water
Selamat Tahun
Baru 2015 diucapkan buat pembaca yang singgah disini. Moga-moga tahun ini
Malaysia dijauhkan dari segala bencana dan aman makmur hendaknya.
Ok tahu tak
apa itu infused water? Ada juga yang memanggilnya sebagai air detox kerana
fungsinya membuang toksin dalam badan. Bunyinya ganas sikit so aku prefer
panggil infused water lebih sedap dan sesuai rasanya. Bahasa mudahnya ialah air
rendaman buah atau sayur/herba. Apa kelebihan minum air ini?
Sebagaimana
yang diberitahu diatas ianya dapat
membuang toksin dari badan dan juga ianya menyihatkan tubuh badan kerana
khasiat yang terdapat dalam buah yang direndam dapat diserap dengan mudah
kedalam anggota badan. Sebagaimana yang kita tahu meminum air kosong memang
baik untuk kesihatan kita bagaimana pun mungkin ada sesetengah orang yang tak
berapa gemar sangat minum air kosong; jadi bolehla minum air yang ada rasa
sedikit ini. Ada beberapa kelebihan lagi jika meminum air ini nanti aku
terangkan kemudian.
timun + lemon + pudina
Cara membuat infused water
Mudah sahaja
sebenarnya, potong halus buah/herba yang
dikehendaki kedalam botol/balang air dan isikan dengan air letak kedalam
peti sejuk.Siap. Dalam masa 5 jam bolehla diminum air ini. Ada juga yang
mengisi dengan ais batu penuh-penuh. Mula-mula aku hairan juga kenapa dibuat
begitu, namun setelah dikaji fahamlah
aku tujuannya untuk mempercepatkan lagi proses penyediaannya.Dengan begini
dalam masa 2 jam sahaja airnya boleh diminum namum ais kurang elok sikit
sebenarnya kalau ikut cakap orang tua-tua tetapi cara ni pun bolehla juga. Jumlah
potongan akan mempengaruhi rasa air ini so letak tiga atau empat hirisan pun
dah memadai kalau lebih maka pekatla sedikit rasanya.
lemon + delima
Buah-buahan
kayu adalah tidak sesuai langsung untuk membuat air ini. Contoh : Langsat,
nangka, cempedak,mangga dan sebagainya.
Bahan-bahan
yang sesuai adalah seperti: lemon,limau nipis,limau kasturi, oren, tomato,daun
pudina,kiwi,blueberries,strawberry,kayu manis,epal dan macam-macam lagi. Paling
famous sekali adalah lemon. Buah-buah ini kita boleh gabungkan untuk dapat rasa
yang unik.
Lain-lain kelebihan meminum air ini
-Menguruskan
badan
-Membuang
toksik
-Menyihatkan
badan
-Mencegah
buasir
-Penawar sakit kepala
-Menurunkan
paras gula
-Menstabilkan
suhu badan
-pencernaaan
-pedih ulu hati
Aku masa
mula-mula cuma guna lemon jer..hiris 3 hirisan siap.Rasa pun best jugak. Kalau
dapat 2-3 orang join buat lagi best..yelah sesetengah buah tu mana ada jual
sebijik, kena beli dua tiga biji so ambillah sorang sikit.Botol infused water ada juga dijual dipasar-pasar besar. Bezanya ialah terdapat pembahagian antara buah dan air so apabila minum kita boleh minum tanpa rasa terganggu dengan buah-buahan yang mungkin berebut-rebut nak masuk kedalam mulut kita.Bagaimana pun aku cuma guna bekas air yang sedia ada, yelah malas nak buang duit sangat.
Ok tips
kuruskan badan, ambil lemon,limau
mandarin dan limau kasturi.
Potong beberapa hiris buah ni dan minum. Boleh refill dua kali sahaja..pas tu
buang. Nak makan pun boleh buah-buahan ini. Kalau aku, aku buang jer..sebab
khasiat dia kita dah minum habiskan.
Sedikit
nasihat..bila minum ni akan kerap ke tandas. So lepas 3 atau 4 hari rehatla
selama 2hari dan sambung semula..tujuannya untuk menjaga perut anda ..yelah
nanti makin nipis susah pulak kan.
Ok selamat
mencuba
p/s – selamat
tahun baru 2015..
Bagus untuk pengekalan kandungan air dalam badan dan melancarkan sistem perkumuhan.
BalasPadamBuah durian boleh juga ke?
Err... Jangan
BalasPadammcm best jer bro...
BalasPadamTryler dulu :)
Padamnak cuba jugalah nanti... :)
BalasPadamCuba jangan x cuba
Padam