Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis (SBDJ) – Suatu Fenomena

Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis (SBDJ) – Suatu Fenomena

jin yang bercakap,siri,astro cakap dengan jin




Pernahkah korang membaca ‘Bercakap Dengan Jin’ ini? Siri bercakap dengan Jin (SBDJ) ini menjadi suatu fenomena pada era 80’an. Ramai yang terkesan dengan penceritaan siri ini. Ianya disiarkan dalam secara bersiri dalam majalah Variasari (284siri). Malah ada yang membeli Variasari semata-mata nak membaca siri ini sahaja. Hebat bukan?
SBDJ ini kemudiannya dijiidkan dan diterbitkan dalam bentuk buku. Sekali lagi kegemparan telah berlaku dimana kesemua jilidnya telah sold out. Kiranya macam JK Rowling la time tu. Nama Tamar Jalis cukup gah ketika itu.Biar pun begitu, kelibat beliau tidak diketahui. Identiti beliau menjadi rahsia selama 30tahun, barulah ianya didedahkan. Fenomena SBDJ memang dahsyat, akibatnya banyak penulis buku seram dan misteri muncul dipasaran. Sebanyak mana pun yang muncul, Tamar Jalis telah menjadi penulis buku seram no 1 satu ketika itu.

Siapa sebenarnya Tamar Jalis?
Ramai mula meneka siapa sebenarnya Tamar Jalis ini. Identiti beliau rasanya hanya beberapa orang sahaja yang tahu. Nama A jalil Miran mula disebut sebagai Tamar Jalis. Dia pula tidak menafikan. Ramai juga yang mengesyaki beliau adalah Tamar Jalis. Bagi aku pula aku dah menjangka beliau bukan Tamar Jalis disebabkan salah satu komen pembaca yang menyatakan rupa Tamar Jalis mirip dengan seorang ahli politik ketika itu.
Nama sebenar beliau ialah Ahmad @Mohd Radzi Mahmud. Nama Tamar Jalis diambil sempena nama jin dalam Hikayat Inderaputera dari kesusasteraan Melayu lama.  Dengan dibantu rakannya A Jalil Miran siri buku ‘Bercakap Dengan Jin’ akhirnya diterbitkan dalam bentuk novel seram.


Siri bercakap dengan jin
Ahmad Mahmud @ Tamar Jalis

Fenomena SBDJ…  
Apa yang menyebabkan SBDJ menjadi suatu fenomena? Ada yang berpendapat disebabkan kebenaran ceritanya. Itu pun kira bolehla diterima pakai. Ok ikut pendapat professional aku pula, kisah benar pun kalau penulisannya lemah orang takkan baca juga. Buku ini sebenarnya padat isinya. Gaya penceritaannya yang ‘detail’ seperti bunyi unggas, panas matahari semuanya dimasukkan dalam penulisan SBDJ menyebabkan pembaca dapat merasakan seolah-olah masuk dalam cerita tersebut.Semua perkara seram, sedih dan gembira dapat dirasakan apabila membacanya. Inilah penyebab kenapa ianya mendapat sambutan sehingga penulisnya sendiri popular walau tidak diketahui identiti beliau.
Kisah SBDJ berkisar dari sebuah daerah Bruas diPerak. Disinilah segala-segalanya bermula pengalaman seorang cucu bersama datuknya; kulup muhamad diah @ Long Mat Diah. Watak utama dalam SBDJ ini sudah pastilah datuk beliau. Pengalaman bersama datuknya mengembara mengubati pesakit dan bertemu makhluk halus menjadi intipati utama dalam SBDJ ini. Kisah kasih sayang antara datuk dan cucu, nenek dengan datuk disamping petua-petua lama juga dimasukan. Kata-kata nasihat dari seorang datuk kepada cucunya sentiasa diselitkan dalam SBDJ ini. Setelah 30tahun, pada Jun lalu Tamar Jalis akhirnya tampil menunjuk rupa. Ada yang berkata kalau dia tampil lebih awal mungkin akan menjadikan beliau  kaya..lalu dijawab beliau ‘cukuplah dengan rezeki yang ada’.
SBDJ adalah kisah benar 60% ditambah rempah ratus 40%.

Bercakap dengan Jin
Dato' Rahim Razali sebagai Long Mat Diah 


Kisah bercakap dengan jin sedang disiarkan di Astro ..malangnya aku tak pasang pun Astro



Tags:Bercakap dengan jin,tamar jails,siapa sebenarnya tamar jails,Astro bercakap dengan jin

Ulasan

Catat Ulasan