Pusat Penetasan
Penyu, Segari , Perak Darul Ridzuan
Kali jum kita
rehatkan diri dulu. Lokasi kita kali ini ialah di pantai Pasir Panjang Segari,
Perak. Ada apa dekat Segari ini? Jeng jeng..ada penyu la dekat sini, jum kita
tengok penyu!
Memang ramai
yang tak tahu dekat Perak pun ada jugak tau penyu. Sebelum layan gambar korang kenala baca sedikit info pasal penyu
dan pusat penetasan ini.
Species penyu
yang berjumlah tiga puluh cuma tinggal tujuh sahaja sekarang. Di Malaysia
terdapat empat species iaitu penyu Agar,Lipas,Karah/Sisek
dan Belimbing. Sebab itulah
pentingnya pusat perlindungan penyu ini. Makin lama makin sedikit jumlah penyu
didunia ini dan diharapkan dengan penubuhan pusat perlindungan penyu di Segari ini jumlah penyu akan
bertambah semula.
Pusat pengurusan penyu Segari, Perak Darul Ridzuan ditubuhkan dengan objektif utamanya :
*Melindungi
penyu daripada diancam kepupusan
*Menjalankan
program-program penetasan,pemuliharaan dan penyelidikan penyu di Perak.
*Menyediakan
maklumat dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta kesedaran awam bahawa species
penyu perlu dilindungi.
*Sebagai
kawasan tarikan pelancongan yang terkemuka dinegeri Perak
Aktiviti
#Program
Penetasan Penyu
#Program
Pelepasan Penyu
#Program
Pemuliharaan Penyu
#Program
kesedaran awam
#Program
Penyelidikan
Ditapak
seluas 2.3 hektar ini terdapat galeri pameran dan kolam penyu hidup untuk
tatapan pengunjung. Hanya Penyu Agar (Chelonia
mydas) dan Penyu Lipas (Lepidochelys
alivacea) sahaja yang mendarat di negeri Perak.
Ok jum layan
gambar pulak..
Anak-anak penyu yang comel
Disini telur penyu ditetaskan (Dilarang masuk)
Terdapat tiga kolam utama disitu
Pusat Penerangan Penyu
Kawasan sekitar
tempat tengok anak bulan bersebelahan dengan Pusat Pengurusan Penyu
Komen Lain
Aku ada
terbaca komen seorang blogger yang pernah sampai yang mengatakan kawasan ini
nampak terbiar sikit. Aku berpendapat beliau beranggapan demikian mungkin
suasana disini yang sunyi dan dipenuhi daun-daun berguguran menyebabkan beliau
beranggapan demikian. Aku pulak rasa sebaliknya..sebab aku tengok penyu-penyu
disini happy semacam je he he.
Pantai Pasir Panjang,Segari Perak
Pantai disini
amat cantik. Telah menyebabkan aku berehat sebentar sambil minum kopi yang aku
bawa sendiri. Terdapat pembinaan tandas awam berdekatan yang mana aku yakin
lambat laun akan jadi kawasan tumpuan mandi-manda nanti. Walaupun sebenarnya
aku kurang bersetuju sebab takut penyu tak mau singgah pula nanti kalau ramai
sangat manusia.Entahla ini pendapat aku jela..
Salah satu
objektif yang dinyatakan ialah
menjadikan tempat ini sebagai salah satu kawasa tarikan pelancong yang utama di
Perak. Bagaimana pun objektif ini rasanya belum tercapai lagi sebab memang
ramai yang belum tahu kewujudan pusat perlindungan penyu ini. Apa pun tak
mengapalah mungkin paparan aku ini sedikit sebanyak dapat membantu mempromosi
penyu di negeri Perak ini.
Jum tengok
video
Bagaimana ke sini?
Kena ikut jalan
lama Setiawan-Pantai Remis. Segari
terletak diantara dua tempat ini. Bila sampai kawasan Segari bawa
kenderaan anda perlahan sedikit supaya tak terlepas simpang. Jika dari Pantai
Remis tengok kanan, kalau dari Lumut atau Setiawan tengok kiri ada signboard
Pusat Pengurusan Penyu terus masuk. Bawa kenderaan anda perlahan-lahan, tengok
jalan masuk kekiri didalam ladang kelapa sawit. Jalan masuk utama pun dah sunyi
apatah lagi jalan didalam ladang kelapa sawit ini. Pusat Pengurusan Penyu ini
terdapat dipenghujung jalan.
Alamat: Pusat Pengurusan Penyu
Pasir
Panjang, Segari
Perak
Darul Ridzuan
Pintu Masuk
P/s: maaf
lama tak update..
Jumpa lagi J
alolololo comelnya diorang
BalasPadamTahu x per
Padammemang comellah anak anak penyu tu :)
BalasPadamBetul
PadamComel tengok penyu2x ni.
BalasPadamJika ada kesempatan InsyaAllah saya singgah lagi
PadamSup penyu pun sedap.
BalasPadamWa ganasnya statement
PadamPantai pasir panjang tu dalam kawasan tempat ternakan k?
BalasPadamYe melalui kawasan tersebut
BalasPadam