Gambar hiasan semata-mata (imej google)
“Perempuan cina kalau memandu atas jalan memang
bahaya..”ujar rakan aku beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya aku agak terkejut
juga dengan statement beliau ini. Aku sendiri tertanya-tanya benar kah
kenyataan beliau ini?
Sebelum itu biar aku jelaskan dulu, aku bukanlah seorang chauvinist apatah lagi mengamalkan rasis.
Benarkah dakwaan rakan aku ini??
Beberapa hari selepas itu berlaku satu peristiwa apabila
sebuah kenderaan tanpa sebarang isyarat tetiba masuk dihadapan keretaku..goosh
nasib baik aku cepat memberek.Bila aku berhenti sebelah lampu isyarat
rupa-rupanya seorang wanita cina dalam lingkungan 30’an yang memandu. Dalam
minggu yang sama beberapa kejadian yang sama juga berlaku dan setelah
diaamati..wanita cina lagi. Tiba-tiba aku terbayang rupa kawan aku dengan
kata-katanya..’Perempuan cina kalau memandu memang bahaya, ikut suka dia je nak masuk
mencelah ke nak lintas jalan lah’.
Malah selepas itu setiap kali berlaku dan apabila aku tengok
wajah yang memandu itu adalah perempuan cina aku mengganguk setuju dengan
kenyataan rakan aku itu. Bagaimana pun aku nak tanya pembaca, benarkah atau aku
hanya berillusi dengan kenyataan tersebut..?
Kenapa mereka memandu
begini? Mungkin juga rakan atau saudara-mara lelaki yang menggalakkan cara
pemanduan ini. Mungkin juga mereka memberitahu jangan takut bila bawa
kereta,kalau nak masuk, masuk cepat-cepat. Mungkin
ini nasihat yang diberi mengikut teori aku bila dok fikir sebab-musabab
pemanduan yang merbahaya ini.Tetapi aku tak adalah nak tanya pun, bukan penting
pun lainla kalau aku kena siapkan tesis kan?
Sebenarnya apa yang berlaku?
Secara logiknya pemanduan yang bahaya ini boleh dilakukan
oleh sesiapa sahaja, ini realitinya.Apa yang berlaku keatas aku adalah akibat
telah di ‘brain wash’ sedikit oleh
statement kawan aku tadi ha ha.
Buat perempuan cina diluar sana, jangan tersinggung
tau..kalau anda memang memandu secara merbahaya ubahla cara pemanduan anda. Nasihat ini untuk semua tau,korang
jangan nak gelak kat diaorang pula sebab teguran aku tadi. Semua sama sahaja.
Kalau kita pandu secara merbahaya,ubahlah sebelum terjadi kemalangan yang bisa
meragut nyawa!!
Akhir kata:
“Pandu cermat, Jiwa selamat”
p/s-karangan
tak menepati piawaian SEO..ha ha..
memang geram dengan pemandu yang memandu secara merbahaya, kalau tak sayang nyawa sendiri pun fikirkanlah nyawa orang lain
BalasPadamBetul tu.. Sayangi nyawa anda
Padamsebenarnya tak kira lelaki ke perempuan,melayu cina india...kalau memandu dengan cara yang bahaya mmg aku anti septik....
BalasPadamBetul tu... Ingat orang tersayang
Padamsebenarnya bangsa apa pun sama sahaja , yang membezakan nya hati seseorang itu
BalasPadamBetul tu :)
PadamNak cepat tak orang tu
BalasPadamJenis tak sabar kebanyakkannya tu
PadamSalam. Hee hati2 dijalanraya.
BalasPadamSaya seorang penunggang motosikal..Memang merbahaya..Ya Allah selamatkan kami dari orang orang zalim.
BalasPadam