Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca
sekalian. Topik aku kali agak sensitif sikit kerana ianya melibatkan penghuni
rumah pangsa. Aku dapat idea pun apabila berbual dengan rakan-rakan yang
menduduki rumah pangsa ini. Ada pro dan kontra juga sebenarnya.Aku bukanlah
menteri yang dapat menyelesaikan masalah sebegini tetapi jum kita kaji serba
sedikit.
gambar hiasan
Masalah ini sebenarnya memang dah lama wujud. Aku cuba
menyelami permasalahan ini dan kalau boleh kita bersama-sama merungkaikan
permasalahan ini.
Kenapa perlu membayar
duit maintainence ini?
-Pengendalian sampah – samada pembuangan mahupun
kebersihan (sapu sampah)
- -Kos pengendalian lif (bila melibatkan servis
memang mahal)
- - Kos utili seperti penggunaan elektrik koridor,CCTV,parking
,pam air untuk simpanan tangki dan air (untuk cuci kereta contohnya).
- - Kos penggurusan keselamatan (sekuriti guard, touch n go card dan sebagainya)
- -Dan lain-lain
Kenapa saya tak mau
bayar?
- -Duduk
tingkat satu –buat apa nak bayarkan? Bukan naik lif sangat pun..lif tak jalan
pun tak kisah.
- -Bayarannya
yang mahal (sesetengah kes)
- -Aku
dah beli rumah lagi nak kena bayar duit pengurusan pulak –mampuslah aku
- - Rumah
sewa je
- -Aku
tak duduk pun sebab aku bagi sewa buat apa nak bayar..lantakla sampah nak penuh
pun aku peduli apa
- -Pemaju
yang jaga tidak buat apa-apa pun
- - Sengaja
–memang aku tak mau bayar ,leceh
So,ini lah
apa yang dapat serba sedikit aku rungkaikan.
Kisah pembeli A dan Pembeli B
Pembeli A dan
B ini sebenarnya adalah rakan aku ditempat kerja. Aku cuma mendengar sahaja
rungutan mereka berdua ini berkenaan rumah yang mereka duduki.
Pembeli A merungut bila lif adakalanya tidak
berjalan.Beliau sedar pihak pengurusan mungkin sengaja ingin mengajar penduduk
yang enggan membayar duit pengurusan. Akibatnya satu hari tu terpaksalah beliau
mengusung tong gas bersama anak lelakinya yang masih bersekolah menaiki tangga
sehingga tingkat enam. Pembeli A kesal dengan sikap sesetengah penduduk yang enggan membayar duit maintenance ini
(RM35). Menurut beliau kebanyakkannya penghuni tingkat satu dan dua yang banyak
buat hal. Sebab apa? Sebabnya korang boleh baca diatas. Akibat peristiwa ini
Pembeli A mula berkira-kira hendak membeli rumah teres pula, biarlah jauh janji
hati tak sakit.
Pembeli B pula enggan sama sekali membayar duit
maintenance dengan alasan terlampau mahal (RM90) dan pihak tidak buat apa-apa
sangat pun. Sampah kena bawa turun sendiri (beliau tinggal ditingkat
empat,paling atas) dan tiada lif.Cuma ada servis guard je ujar beliau. Beliau
lebih rela parking diluar kawasan perumahan dari membayar duit penyelengaraan.
Lantaklah ujar pembeli B.
Sebenarnya aku
memahami permasalahan Pembeli A dan B diatas ini. Buat penghuni yang menetap
dalam kes pembeli A tu , rasanya kos penyelenggaraan sebanyak RM35
itu tidaklah mahal malah pada pendapat aku sebenarnya lebih rendah dari
rumah pangsa yang lain. Penghuni tingkat satu dan dua itu tidak paham kemana
duit itu digunakan barangkali.Mereka beranggapan kami tidak guna lif so buat
apa nak bayar.Mereka tidak nampak kos pekerja sapu sampah, kos elektrik
terutama yang melibatkan pam air tangki dan sebagainya.
Buat pembeli B aku bersetuju kos sebanyak RM90 itu memang mahal. Melihat suasana rumah beliau aku paham
kenapa diletakkan RM90. Penduduk kawasan itu tidak banyak maka sebab itu ianya
mahal almaklumlah pihak pengurusan pun nak ada untung juga. Langkah yang wajar
diambil ialah pihak penghuni seharusnya
berunding dengan pihak pengurusan untuk menurunkan harga penyelengaraan
atau meminta secara bertulis berapa kos penyelengaraan yang terlibat untuk
memahami perkara sebenar.
Apa akibat jika tidak bayar?
-kenderaan
anda tidak boleh parking dalam kawasan rumah pangsa ini.
-anda tidak
boleh menggunakan lif yang menggunakan scanner.
-lampu
jalan,koridor akan tiada fungsi kerana bekalan letrik akan dipotong oleh pihak
TNB (kalau tak bayar bil ler)
-persekitaran
yang kotor sebab tiada siapa yang nak sapu sampah dan kutip
-surat
kebenaran menjual rumah tidak dapat dikeluarkan
Dalam semua
akibat diatas yang terakhir itulah
paling menakutkan sebenarnya. Kalau tak bayar memang rumah yang kita beli
tak dapat dijual. Ini adalah kisah benar.Buat pembeli rumah fikir masak-masak
sebelum membeli apartment atau kondominium,masukkan sekali budget pengiraan
penyelengaraan yang kita kena bayar.Buat pembeli yang menyewakan pula bayar
jelah dan timbangrasalah pada orang lain sama. So aku berharap sangat penghuni
tingkat satu TOLONGLAH BAYAR DUIT PENYELENGGARAAN…
“Bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh”
Jumpa
lagi..wassallam
kalau duit maintenance berpatutan tak apa la kan...tapi kalau terlalu tinggi, memang la penghuni akan merungut. Tapi kalau sekadar banyak sampah ke apa, penghuni boleh bergotong royong untuk membersihkan...betul tak? :)
BalasPadamKadang2 tu alasan sibuk nk bergotong royong...
Padammanusia akan sentiasa beri alasan..lepas tu bila munculnya masalah, mulalah saling menyalahkan :)
BalasPadamEr betul jugak tu
Padamkadang2 bil air pon under maintenance.. memang mahal gila berbanding bil dari syabas.. =( luckily, sy hanya penyewa saje.. penyelenggaraan under owner rumah.. bil air pon under syabas,..
BalasPadamTerima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman
Padamsusah juga kan jika terlampau mahal. Sesetengah yang duduk di rumah pangsa kerana tidak mampu membeli rumah teres. tetapi jika kena bayar duit mentainance pula, kesian la dorang ni
BalasPadamBenar juga sebenarnya..
Padamdulu takde pengurusan selama 7 bulan ... skrg ada . sungguh2 kutip duit maintanance ... selama 7 bulan tiada pengurusan, ada ke takde sama jee... jadi duit kita korang pi holiday lh ye
BalasPadamNak tanye la pendapat Korang..klu x baya die bole ke tarik balik jual beli padahal sy dah sewa beli melalui bank...lg 1 ...klu kite x baya bole ke dorang bg intres atas bil yg tertunggak??...pening laaa!!..tlg komen ckit
BalasPadamurusan pembelian akan tergantung sehingga tunggakan penyelenggaraan diselesaikan.
PadamX bayar duit penyelenggaran,tp korang guna perkhidmatan pnagsapuri. Cth ada ada tukang cuci jaga kawasan pangsapuri,lampu di koridor,lift,.. korang tak rasa apa yg korang guna tu x halal?????
BalasPadamkalau maintenance mahal, jabatan kerajaan mana yg kita boleh rujuk?? harga rumah rm72,500.00 tapi maintenance rm200.00.. aihhhss
BalasPadampenduduk sendiri boleh berbincang untuk ambil alih pengurusan melalui joint management body (JMB). Dari situ bolehla kita estimate berapa sepatutnya collection yang patut dibuat..
PadamTp klu intrest maintenance sampai 40% gile ke ape ... mcm along Sampai bile x settle bole ke pihak jmb chargs mcm to xde law ke bab nih...nk buat aduan pon terkapai2 xtau nak adu kat sape
BalasPadampergi SUK ,report bahagian perumahan
PadamYa betul maintenance tinggi tak logik juga rumah flat 4 tingkat xada lif apa pun..sampah pun buat gotong royong logik ka maintenance sampai rm55..Pengerusi pun main ckp lepas2 bkn nk fikir mslh org dia tau dgq ckp sebelah pihak
BalasPadamSama dgn rumah flat sy la. 55jugak.. Cuma sy nk tahu, kalau kita xbyr maintannce, rumah kita trsumbat ke apa, dorang x ambil tahu ke? Atau perlu buat aduan rumah trsumbat pd satu tmpt? Mohon pnjelasan. Tq
PadamSalam.. maitenance apt yg saya nk duduk ni dalam rm280.00 sebulan. Harga rumah dlm 180k dan ade 92 unit je, 6 tkt tpi ade lif dan security. Saya rasa rm280 tu agak mahal untul bayaran sebulan.. apa perlu saya buat?
BalasPadampasal unit rumah sedikit pun bole jadi punca maintenance mahal, bincang dengan penduduk yang lain ..kalau rata rata setuju jumpa pengerusi/pentadbir pengurusan bangunan untuk minta dikurangkan atau minta penjelasan mengenai bayaran yang perlu dibayar untuk apa?
PadamSy nak tnya kalau penyewa yg bayar maintenance kh atau tuan rumah
BalasPadamikut perjanjian dgn tuanrumah,sebelum masuk rumah tanya dulu..
PadamCuma 30% penduduk di kawasan rumah sy yg membayar maintenance..dah 3 tahun tgl di sini tp lampu jalan masih x di baik pulih..kwsan rumah terlalu kotor sampai kadang kala anjing berada depan pintu..jalan yg berlopak hanya ditampal dengan simen je..setiap bulan waktu byr maintenance sy mengadu kes ni kpd pihak management..tetapi x dilayan..apa harus sy buat?
BalasPadamDisebabkan hanya 30% yang bayar maintanance, kemungkinan JMB tidak dapat bekerja sepenuhnya untuk Kerja2 maintanance kawasan tempat En tersebut.
BalasPadamthen buat apa bayar kalau tak buat keje ?
PadamApartment saya beli tahun 2007 dan tidak ramai orang dan pihak mentenen pun tak ada. Skrg dah ada mentenen dan dia asik call minta duit mentenen dari tahun 2007 menjadi jumlah 12 ribu. Ada kah saya kena bayar tunggakan lama?
BalasPadamJika kita bayar tapi bila ada kerosakan diorang tak repair nak buat aduan dekat mana?
BalasPadam