Rahsia Kejayaan Perniagaan Nasi Kandar

  
Kalau dulu kita belajar cara orang cina berniaga kali ini aku nak bercerita sedikit elemen-elemen perniagaan Mamak pula. Kenapa sedikit sahaja? Dah memang sedikit je pun yang aku tahu..jadilakan. Anggaplah sebagai pengetahuan ‘bonus’yang mana rasa elok tu bolehla cuba applykan dalam perniagaan anda.


Pengaruh Mamak / India muslim

Cuba bagitau perniagaan apa yang anda tau melibatkan golongan mamak ini? Batu permata, pengurup wang, kedai runcit, nasi kandar dan lain-lain lagi. Dalam semua perniagaan ini aku pilih nasi kandar sebagai topik utama untuk dihuraikan.Memang dominasi mereka cukup hebat dan dikagumi.
Pernah makan nasi kandar? Bagi mereka yang tegar, seminggu tak pekena nasi kandar badan boleh sejuk-seram ooo.


fish curry,fish_curry,nasi putih dan kari kepala ikan,nasi kandar line clear,nasi kandar kapitan,kapitan curry,nasi_kandar_beratur,resepi-kari_kepala_ikan
nasi makan tengahari masak sendiri..



Aturan dan lokasi

Cuba tengok betul-betul lokasi perniagaan mereka. Kebanyakkan letak dihujung deretan kedai-kedai. Betulkan? Selalunya dibandar-bandar dan pekan kecil kita boleh lihat terdapat kedai-kedai makan nasi kandar ini dihujung deretan kedai. Ini memang strategi mereka dan segala ruang boleh dimaksimakan penggunaan kerana kebiasaannya ruang yang hujung lebih luas.

Aturan dalaman kedai nasi kandar ini biasanya selesa dan menyediakan tempat duduk yang banyak. Kerusi yang digunakan adalah dari jenis besi, kayu,dan banyak sekali yang menggunakan ‘stainless steel’. Dengan ini kedai akan tampil lebih menarik dan sedikit elegan. Ditambah pula dengan TV berteknologi tinggi dan screen besar memang menjanjikan keseronokan sambil kita makan. Bagi mereka yang memerlukan penjualan produk seperti insuran, MLM dan sebagainya, kedai nasi kandar menjadi pilihan untuk berjumpa pelanggan. Sebabnya senang dicari lokasinya dan selesa. Cuba lihat pula berapa banyak kipas berapa dan banyak lampu didalamnya? Banyak sekali bukan.

Cuba anda bandingkan pula kedai-kedai makan orang kita, beza bukan?

Menghormati si comel

Siapa pula si comel ini? Kalau anda singgah dikedai makan tomyam atau masakan melayu mesti pernah alami bila time nak makan je ada ‘si comel’ cuit kaki atau merengek minta makan. Pernahkan? Ooo ni mesti refer pada haiwan ini, kucing kan? Ye betul tidak syak lagi.

Dalam perniagaan mamak, kucing tidak diapa-apakan kalau jahat sangat lain pula ceritanya. Si comel ini akan dibawa ke satu sudut premis (biasanya bahagian belakang) dan dijamu makan sehingga kucing tersebut kenyang. Beginilah caranya mereka melayan kucing samada terdapat kepercayaan tertentu tidaklah diketahui. Dari segi logiknya memang bagus juga sebab bila ia kenyang tidaklah lagi kucing-kucing ini menganggu didalam premis perniagaan. Setengah-setengah kedai mamak ini juga mesra dengan anak-anak kecil secara tak langsung menambat hati ibubapa juga. Yelah anak comel siapa tak banggakan?   

Cara berhadapan rungutan pelanggan

Jika pelanggan merungut apa yang akan anda lihat? Suatu drama yang dahsyat sebenarnya akan berlaku(maaf kerana menggunakan ayat ini). Pekerja yang membuat kesilapan itu akan dimarah bersungguh-sungguh demi memuaskan hati anda. Adakalanya anda sendiri akan merasa kesian pula kepada pekerja yang dimarahi tadi. Memang cara marah yang keras begini akan dihidangkan untuk tontonan kita..(puas hati!??). Sememangnya kita akan puas hati bila rungutan kita diambil peduli.

Tegas

Ini merupakan elemen penting yang ada dalam jiwa mamak-mamak ini. Mereka sememangnya tegas bila masuk bab-bab meniaga. Pada pandangan aku inilah faktor utama kejayaan perniagaan mereka. Segala sumber dipakai semaksima mungkin. Contoh : selagi belum masuk rehat, pekerja dilarang duduk, ini adalah perkara yang benar. Pernahkah anda lihat pekerja nasi kandar duduk bersembang-sembang dimeja makan menunggu anda memanggil untuk buat order? Kedai orang melayu pernah nampak tak? Memang permandangan biasa. Kalau nampak ada pekerja yang kelihatan rilek jangan bimbang supervisor akan bagi kerja potong bawang ka, cuci kipas ka, mop lantai dan sebagainya. Kalau tengok memang nampak penat juga pekerja Nasi Kandar ini.

Modal besar untung pun besar

Seperti mana diberitahu awal tadi susunatur kedai mamak memang hebat dan ada yang kelihatan mewah dengan hiasan dalamannya. Modal besar untung besar memang satu kepercayaan buat sesetengah peniaga nasi kandar ini. Jadi mereka tidak kisah pasang monitor besar untuk pelanggan menonton bola walaupun mereka sendiri kurang meminati bola. Demi menjamin kesetiaan pelanggan ‘OK’tiada masalah, janji you rekemen mamak punya kedai sama kawan-kawan ya!

Dari mana pula mereka mendapat modal? Secara umumnya mereka memang berasal dari keluarga yang mempunyai wang ditambah pula suntikkan modal dari persatuan-persatuan india muslim. Selebihnya tidak diketahui.

Murah ada mahal pun ada!

Apa yang paling murah? Secawan teh dan roti canai. Ini sudah cukup untuk menghilangkan bosan kadangkala tu. Anda mesti pernah diajak kawan-kawan tengah malam untuk melepak minum teh tarik dekat kedai nasi kandar bukan? Disebabkan bosan duduk dalam rumah sebab itu kita diajak minum sambil boleh borak-borak kosong selama beberapa jam. Memang samada anda akui atau tidak, melepak disitu pun boleh menghilangkan stress.
  
Kalau makan hati-hati takut kena penggal nanti..ha ha ini pun pernah dengar jugakkan ungkapan ini. Makanan dikedai mamak memang terkenal mahal.

Isu pelaris makanan

Ramai berkata mereka menggunakan pelaris yang cukup power dalam perniagaan mereka. Benarkah? Sebelum aku jawap biarlah aku bercerita dulu. Seorang kawan pernah bercerita kepada aku ada seorang ustaz tu nampak ada makluk kecik macam toyol sedang kencing dalam makanan dekat Nasi Kandar XYCC (nama sebenar kedai dirahsiakan). Bila aku ditempat yang lain kawan aku yang lain pulak bercerita ada seorang ustaz tu nampak toyol kencing kat kedai Nasi Kandar XXZCD (dirahsiakan juga). Persoalan kepada aku ialah kedai Nasi Kandar yang berbeza tapi ceritanya sama?? Bila ditanya ustaz mana? Jawapannya ialah adalah seorang ustaz tu, alim dan ada nama jugak..Nama tak bagitau pun(sebab memang tak tau pun)  Sama jugak jawapan  kawan aku yang sorang lagi ini. Nampak tak apa yang aku cuba terangkan ini.

 Kisah ini juga pernah disebarkan dalam e-mail suatu ketika dulu, restoran lain-lain pulak?Pernah jua aku bersua geng-geng masjid selepas kuliah subuh bersama iman dan ustaz bersarapan pagi direstoran mamak ini. Apakah mereka tidak nampak toyol atau adakah mereka tidak cukup alim macam ustaz yang diceritakan tadi untuk nampak? Geng-geng masjid yang baca statement tadi jangan marah pulak ya, sememangnya aku menghormati kalian; statement tadi hanya untuk perbandingan cerita.

Cerita mengenai toyol atau jin dikedai nasi kandar ini sebenarnya benar atau tidak, kita tinggalkan sahaja. Sekarang masa untuk menjawab pertanyaan. Begini jawapannya : bukan sahaja perniagaan nasi kandar mamak, nasi melayu, kedai tomyam dan hampir kebanyakkan kedai makan semuanya menggunakan pelaris. Tak percaya tengok betul-betul. Korang nak makan ke tak nak ikut suka hati. Bukan pelaris yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan tetapi kesungguhan malah rahsia kejayaan perniagaan makanan terletak kepada kesedapan juadah yang disediakan dan layanan terhadap pelanggan. Kunci kejayaan adalah usaha kita,azam kita dan izin tuhan bukan pelaris; itu yang harus difahami.

Penutup :
Imej dan tanggapan dimata kita tentang Restoran Nasi Kandar


Suatu tempat berkumpul yang ideal. Makanan mahal tetapi banyak pilihan.Teh tarik yang kaw sedap!! Toilet aa….(no komen).


Entri ini ditulis berdasarkan pemerhatian dan kajian tersendiri, harap maklum..

Ulasan

Catat Ulasan