Pantun Evergreen (terkenang semasa dulu)

POKOK HIJAU,TAMAN CANTIK,PANTUN EVERGREEN
TAMAN YANG CANTIK


Nak tahu pantun apa yang Evergreen? Mesti anda semua pernah dengar kalau tak pernah mungkin anda dari generasi masa sekarang ni. Ok jum baca...
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas...
Ha evergreen tak? Zaman dulu-dulu bila hantar kad raya mesti ada pantun ni punya. Selalunya budak sekolah la yang guna. Ok jum tengok lagi satu pantun :
Pen merah pen biru
You marah i love you
Apa macam? Pernah dengar tak? Pantun ni best  sebab ianya akan disebut secara berirama syahdu sedikit. Ini pun femes dikalangan budak sekolah juga. Tak pasti siapa yang menghasilkan pantun ini.. Yang pasti bukan blogger Pen Merah yang terkenal tu.
Entri kali ni sengaja aku nak imbaskan zaman dulu-dulu dimana pantun menjadi sebahagian mungkin sedikit dalam kehidupan.
Bagi anda yang tahu pantun yang dirasakan 'evergreen' boleh share kan diruangan komen...
Jumpa lagi
*evergreen = malar segar

Posted via Blogaway

Ulasan

  1. Tak pernah dengar... lucunya bunyi pantun-pantun tu XD

    BalasPadam
  2. betul,betul..pantun yang paling glamour antara budak-budak sekolah dulu...

    BalasPadam
  3. pantun yang simple dan memang kerap orang guna..terutamanya budak sekolah lah kan... :D

    BalasPadam
  4. Pecah kaca pecah gelas...hehe terkenang zaman2 dulu...

    BalasPadam
  5. Memang evergreen punya ni. haha,
    1,2,3 kucing berlari, mana nak sama si kucing belang.
    2 3 boleh kucari,. mana nak sama si dia yang seorang

    BalasPadam
  6. Dua pantun tu memang femes masa dulu2.

    Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan.

    Jom baca entri terkini saya:
    Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

    BalasPadam

Catat Ulasan