Remaja Hebat : THA’LABAH ABDUL RAHMAN

Remaja Hebat : THA’LABAH ABDUL RAHMAN

beautifull mosque in madinah
(gambar hiasan)

Pada zaman Rasulullah S.A.W, ada seorang remaja berusia 17tahun bernama Tha’labah. Tha’labah senantiasa mengikut Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajat sesuatu maka pada Tha’labah inilah dikabarkan.

Pada suatu hari Rasulullah meminta Tha’labah mencari sesuatu. Dalam perjalanan Tha’labah mencari barang, beliau melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup kuat telah menyebabkan pintu rumah itu juga terbuka. Maka ternampaklah Tha’labah seorang perempuan yang sedang mandi. “A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu pada Rasulullah S.A.W! Ya Allah aku takut turunnya ayat Quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang membuat dosa! Ya Allah…” rintih Tha’labah sehingga beliau lupa akan barang yang dipesan Rasulullah S.A.W.

Sewaktu melarikan diri beliau ternampak satu bukit dipinggir Madinah dimana dipuncaknya didapati sebuah gua. Tha’labah masuk kedalam gua dan berterusan menangis.Beliau kesal akan dosanya.
Pada waktu yang sama Rasulullah tertunggu-tunggu kepulangan Tha’labah selama beberapa hari. Namun Tha’labah tiada jua muncul. Rasulullah lantas mengarahkan Saidina Umar R.A untuk mencari Tha’labah dan beliau menjumpai Tha’labah di gua tersebut.

“Tha’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu” ujar Umar

“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku? Sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah?

Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka” kata Tha’labah dengan ketakutan.

Saidina Umar R.A memimpin Tha’labah kerana keaadaannya yang sangat lemah untuk berjalan pulang kerumah. Apabila Rasulullah datang menziarah Tha’labah baginda meriba kepala Tha’labah yang sedang terlentang ketika itu. Tha’labah pantas mengenepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, “kenapa wahai Tha’labah?”

“Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada diribamu” ujar Tha’labah.

“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”

“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

“Apa cita-cita kamu wahai Tha’labah?”

“Cita-cita aku hanya syurga Allah.Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku”

Lantas Rasulullah S.A.W berkata “ Wahai Tha’labah, aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu”.

Seketika kemudian Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir diriba Rasulullah S.A.W.
Apabila mayat Tha’labah siap dikafan dan sampai waktu pengebumiannya, Rasulullah S.A.W tiba agak lewat. Para sahabat membuka ruang kepada Rasulullah untuk menghampiri kubur Tha’labah. Keadaan Rasulullah yang berjalan perlahan dan seperti tersekat-sekat mengundang seribu pertanyaan.

“Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa berjalan dengan tidak selesa?” tanya salah seorang sahabat.

Jawab Rasulullah “Kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur”.

Inilah kisah remaja hebat Tha’labah Abdul Rahman…diiringi malaikat hingga ke tanah perkuburan..

Allah maha besar! Subhanallah!


Ulasan

  1. kisah yang menarik yang boleh dijadikan renungan :)

    BalasPadam
  2. Kalau remaja sekarang mungkin ada yang rakam gambar lagi. kisah yang mesti dijadikan teladan.

    BalasPadam

Catat Ulasan