Pantun SMS Raya

Pantun SMS Raya (untuk diSMSkan)


nokia3310,handset_antik,telepon_lama,Alexa_image



Ketupat pulut diatas para,
Hendak direbus ditepi perigi,
SMS awal pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri

Kura-kura berjalan lambat,
Anak kera melompat-lompat
Kad raya nak hantar tak tahu alamat,
Guna SMS dah tentu selamat

Masak lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di Aidilfitri,
Nak bagi kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja sebagai pengganti

Setitik embun dipohon rimbun,
Diatap nipah air tergenang
Dosa tertimbun mohon diampun,
Silap dan salah jangan lah dikenang

Pasang pelita rapat-rapat,
Biar sampai hujung titi,
Moga silaturrahim bertambah erat,
Terimalah salad eh salam Aidilfitri ikhlas dari hati

Anak babun isap rokok salem,
Pandai pulak beli rokok di kedai Pak Ya,
Sebelum line telefon ini problem
Saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya ya..




Sekian terima kasih

Ulasan

  1. Teringat zaman dulu-dulu kuat ber SMS, mesti dapat pantung daripada rakan-rakan, sekarang ni zaman moden skit semuanya dah ada whatsapp dll.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...masa tu pakat kumpul pantun best best nak sms

      Padam
  2. kalau dulu2 orang berkunjung ke rumah je, maju sikit hantar kad raya, maju lagi e-kad, maju lagi sms..sekarang fb dan whatsapp..seminit je ucapan anda boleh viral satu malaysia..

    BalasPadam
  3. boleh save dululah, guna hari raya nanti...
    pantun anak babun pun ada.....heee

    BalasPadam
  4. malam raya nanti mesti ramai yang cari pantun raya ni :)

    BalasPadam

Catat Ulasan