Credit image :www.naplesnews.com
Bangsa cina dikenali sebagai bangsa yang suka berniaga.
Malah diMalaysia banyak perniagaan didominasi oleh bangsa cina ini. Tengok
sahaja disekitar tempat anda dalam deretan kedai-kedai ditengah pekan. Siapa
yang berniaga disitu? Memang terdapat faktor-faktor sejarah diMalaysia
bagaimana mulanya perniagaan bangsa cina disini.Bagaimana pun aku abaikan
cerita ini kerana tidak berminat untuk bagitau sejarah mulanya perniagaan
bangsa cina kerana ada cerita disebalik cerita sebenarnya.
Pernah pergi kedai runcit orang cina? Pernah pergi kedai
runcit orang melayu? Rasa-rasa ada beza tak? Cuba ingat betul-betul..Pernah
dengar ungkapan baik pi kedai cina dari kedai melayu, mahal pun berbaloi.
Pernah dengarkan? Kenapa ungkapan ini sering kita dengar? Jawapannya ialah
servis dan mutu perkhidmatan yang diberi. Sememangnya inilah yang semua orang
mau servis dan mutu perkhidmatan yang baik.; sebab itu mahal kot? ‘Menyesal hantar kedai melayu
mengecat kereta, catnya entah apa-apa dahla lambat siap pastu warna cepat sebam
pulak tu, kalau aku tahu baik hantar kedai cina, mahal pun puas hati.’ Yang
ini pun rasanya pernah dengar jugak kan?
So apa
kelebihan orang cina berniaga? Jawapannya ialah servis. Semua orang mahu servis terbaik. Untuk harga servis yang
baik kita perlulah membayar lebih sedikit. Benar ini adalah realiti. Servis
yang baik membuatkan pelangan akan setia kepada penyedia servis tersebut.
Layanan yang baik.
Layanan yang
baik juga termasuk dalam kategori servis. Suka tokey muka masam atau muka
manis? Kalau korang jawab masam makna korang ada masalah pemikiran, sila jumpa
pakar kaunseling untuk rawatan yer.
‘Cepat bukan beerti cincai’.
Ini kita kena paham; cepat siap memang cepat
dapat duit. Andaikata pelangan melabel kita cincai buat kerja, jawapannya tiada
rekomen pelanggan untuk kita. Pernah pergi kekedai servis kereta atau motor,
kalau orang kita dia akan kata tunggu kejap sebab nak isap rokok jap, biasanya
kita angguk sambil memandang terkulat-kulat. Kalau orang cina pulak beliau akan
membuang terus rokok dibibir dan akan mula bertanya apa masalah dan mula
mengeluarkan alatan beliau (contoh ini mungkin kurang tepat tetapi biasa
berlaku). Disini pun boleh nampak bezanya.
Ambil hati pelanggan.
Adakah kita (melayu) tidak pandai mengambil hati pelangan?
Tidak juga bukan semua sebenarnya. Dalam perniagaan kita mestilah lebihkan
ambil hati pelangan. Jum tengok bagaimana peniaga cina mengambil hati
pelangan. Seorang ibu dan anak kecil datang kekedai membeli barang. Layanan
manis muka adalah wajib. Sambil memilih barang si tokey akan memuji sianak ni
comel dan baik.Apa reaksi si ibu? Tentulah seronokkan. Kalau tokey yang lagi bagus akan bagi gula-gula. Kesan dari
perbuatan ini memang hebat, siibu akan
seronok pergi kekedai ini sianak pula akan mengajak ibu untuk singgah kekedai
yang sama. Nampak tak? Puji anak ibarat puji emaknya sekali. Bukan time ngorat
jer korang nak kena applikasikan time meniaga pun boleh!
Setengah-setengah
kedai orang kita bab manis muka ni memang kureng sikit. Tetapi kita tak kisah
sangat sebab yang penting nak dapat barang keperluan. Kalau bagi wang baki
adakalanya acuh tak acuh aja. Awas benda
ini nampak kecil tetapi merbahaya. Pelangan pun manusia juga kalau selalu
dibuat bila lama-lama simpan dalam hati tak mustahil akan jadi meluat. Kalau
meluat tak mustahil dapat promosi negatif, siapa pula yang rugi? Tengok orang
cina pulak, baki wang syiling disusun kemas dan diletak diatas wang kertas lalu
dipegang dengan kedua belah tangan, satu pegang hujung kanan satu pegang hujung
kiri. Lalu diberi dengan sedikit tunduk (macam orang jepun pulak) dan ungkapan
terima kasih. Hebat tak?
Rendah diri.
Orang cina
merendah diri? Betul ka? Mungkin dalam pergaulan sehari-hari susah kita nak
percaya. Yang kita nampak adalah gaya berlagak terlebih betulkan? Itu cuma gaya
diluar tetapi apabila berurusniaga mereka akan menerapkan sifat rendah diri
ini. Tak percaya?
“Hello boss
boleh saya bantu” tegur peniaga cina. Kita pun dengan kembang hidung menjawab
“aa it’s okay, tengok-tengok sahaja”. Nampak tak? Kan ada unsur rendah diri tu.
“Nak makan
apa?” – tanya pelayan kita sambil menghempas kertas catitan ordernya.
Kadang-kadang aku pelik juga kenapa nak buat gaya sempoi ala-ala gangster ni.
Mesti korang pun pernah pergi kedai-kedai makan yang macam ni. Nak ajak
bertumbuk kot?
“abe nak
makan apa be?” sambil tersenyum manja. Boleh teka kedai mana? Biasanya kedai
Tomyam dimana pelayannya adalah warga melayu-patani. Sejuk hati time kena tanya
tu kan. Silap hari bulan terus order siakap tiga rasa. Jadinya disini tak rugi
kita merendah diri. Memang anda adalah bos perniagaan anda tetapi tanpa customer perniagaan anda akan suram. Sebab itu lah kita
kena layan pelangan macam mereka ini bos-bos jugak. Kalau yang pijak kepala
macamana pulak? Isk takkan itu pun nak tanya..lawan secara berhemah tak perlu
bertumbuk dan sebagainya.
Mereka berjaya sebab tiada halal dan
haram?
Orang cina
berjaya sebab tiada halal haram tak payah fikir banyak tetapi kita kena fikir
halal-haram macam mana nak berjaya. Kenapa? Berniaga secara halal tak boleh
kaya ke? Kalau tak kaya tak mau meniaga ka? Dalam banyak-banyak halangan
berniaga kalau ini ada yang menggangap sebagai halangan maka saranan aku, tak
usah berbusiness lah baik pergi kerja
dengan sesiapa yang anda suka. Ini pemikiran yang dangkal. Banyak jutawan yang
mengusahakan perniagaan halal masa kini, berjaya jugak.
Disiplin
Dalam apa
jua lapangan sekalipun, tiada disiplin
beerti tiada kejayaan menyusul. Begitu juga dalam perniagaan. Kita
kadang-kadang hairan bila sesetengah kedai orang cina hanya tutup dua atau tiga
hari sahaja apabila menyambut Tahun Baru Cina. Kalau orang kita silap-silap
sampai dua minggu tutup kedai bila menyambut Hari Raya. Pada pandangan aku, ini
adalah disiplin perniagaan mereka tak boleh tutup lama-lama nanti pelanggan
lari..Adakah orang melayu tidak disiplin apabila berniaga? Hanya segelintir
sahaja, tidak semua; ini cuma perangai individu itu sendiri.
Orang kita
bila Hari Raya tutup kedainya agak lama;adakah ini salah? Sebenarnya tidak
salah, yelah setahun sekali hendak berkumpul sesama keluargakan. Hubungan
kekeluargaan bagi orang Asia merupakan satu value
yang amat diutamakan berbanding dengan orang Eropah.Cuma dari sudut perniagaan
adalah sedikit kerugian dimana pelanggan boleh bertukar selera atau kata
lainnya berubah hati. Setiap perayaan nak kena tutup lama, ini yang pelik
dengan peniaga-peniaga makanan oang kita ini. Kot ye pun nak rehat time cuti
umum rasanya memadailah satu hari.Kalau Hari Raya bolehla diterima tetapi kalau
Hari Krismas (Cristmas) pun nak cuti sampai seminggu tu, Deepavali pun tutup
seminggu memang lebih sudu daripada kuah
la you..
Kesimpulan/Penutup
Orang cina
memang mempunyai budaya berniaga mereka yang tersendiri. Kualiti servis yang
baik menyebabkan mereka menjadi pilihan pelanggan. Artikel ini hanya sekadar
perbandingan perniagaan yang mana elok
kita boleh ambil pakai, yang mana buruk kita baiki.
Selamat Maju
Jaya
Puteri rasa tak kiralah bangsa apa sekalipun, kalau nak berniaga tu kena betul caranya. Kena komited pada bisnes biarpun kita ni bos. Lagipun kalau pelanggan puas hati dengan servis tak kiralah kedai runcit ke, jual baju ke, repair motor ke, kita juga yang puas hati kan. Kerana secara tak langsung, pelanggan juga adalah iklan percuma yang mampu menaikkan bisnes kita.
BalasPadamBenar belaka
Padamapa yg BM tulis semua nye betul. apalah nak disombongkan.
BalasPadamTu la pasal kan
PadamBukan mudah nak berbisnes ni
BalasPadamTingkah lalu kena jaga itu pun penting dan juga ilmu perniagaan
PadamMemang diakui cara berniaga cina memang mantap berbanding melayu. Tapi ada juga melayu yang mantap dalam perniagaan merangkumi semua di atas. Bukan senang nak berniaga kena bersedia dari mental dan fizikal. Penat tak terkata.
BalasPadamSedikit sebanyak saya setuju
Padambanyak yang kita kena belajar dari diaorang. trend sekarang ramai juga orang kita dah ikut jejak langkah diaorang.
BalasPadamIkut yang elok xpa la
Padamsikap mereka yang membawa banyak kejayaan!
BalasPadamAttitude meniaga yang utama
PadamTerima kasih untuk perkongsian .. btl 2.. dl ape2 bidang pun disiplin 2 penting . . .
BalasPadamjujur...servis bagus..barang harga berpatutan....sure aku datang..tak kira bangsa apa pun..
BalasPadamCina dulu2 ok. Cina Skang banyak kaki kencing.
BalasPadamCina skrg berniaga suka block supplayer persaing....jd produck x dpt supply....jd jd brg x dpt di ordar
BalasPadam