#MH370
Kehilangan pesawat MAS boeing 777 dikatakan menjadi kehilangan
yang amat misteri dan menjadi tajuk bualan diseluruh dunia. Banyak spekulasi
dibuat samada dari media tempatan mahupun luar negara. Sebuah kapal terbang
yang amat besar hilang; pastilah menjadi tumpuan semua dengan macam-macam
spekulasi.
Ada yang mengatakan ianya terdampar dibulan, dirampas dan didaratkan
ditempat tertentu, ada juga yang mengatakan ada sesuatu yang amat
berharga dibawa pesawat MH370 hingga ianya menarik minat pengganas
untuk merampas pesawat. Macam-macam yang kita dengar dan semua spekulasi ini
dikarang seakan-akan kisah benar lalu teori ini dikongsikan pula dalam laman
sosial dan dikembangkan pula dikedai-kedai kopi. Apa pun buat masa ini kita cuma boleh menunggu teori yang mana benar atau tiada satu pun
betul! Semua ini kalau dikumpul boleh buat tajuk buku pulak “Konspirasi atau kompilasi?”.
Pastinya aku
juga mempunyai teori tetapi aku hanya
sudi berkongsi dengan kawan-kawan sahaja. Untuk menjadi penyumbang
teori@spekulasi kepada yang sedia ada tidak sekali. Blog ini sifatnya sejuk
tidak panas maka aku tidak akan menulis sebarang spekulasi disini.Kalau nak
cari sebarang teori konspirasi maaf,
bukan disini tempatnya. Aku cuma ingin memberi pandangan tentang apa yang aku
lihat dalam kes kehilangan pesawat MH370.
credit: AFP
Apa yang boleh anda lihat dan
jangka? Diawal kehilangan
pastinya semua orang perasan betapa kelam-kabutnya kita apabila tiba-tiba semua
menyerbu untuk mendapat maklumat dari Malaysia. Wajah sugul jelas terpancar
apabila memberi penjelasan tanpa sebarang maklumat yang membantu. Jawapan dalam siasatan dalam siasatan diulang ulang
berulang kali. Yelah nak jawab apa lagi memang tiada maklumat lagi time tu,
yang ada hanyalah pesawat MH370 hilang dari
radar. Keesokkan harinya
pun lebih kurang juga jawapan dari Malaysia dalam siasatan dan sedang
dikenalpasti punca hilangnya pesawat boeing 777 itu.Ramai wartawan mula resah kerana kekurangan maklumat dan
spekulasi mula timbul dan dikarang oleh media mahupun blogger sendiri dengan
mengeledah segala maklumat yang boleh didapati. Hinggakan skandal 2-3 tahun
dulu pun boleh dikorek. Dalam proses pencarian muncul Raja Bomoh yang datang menghulur bantuan. Atas jemputan seseorang Raja Bomoh menjalankan
tugasnya dimana akhirnya menjadi bualan dalam media sosial kewajaran teknik
yang diguna pakai beliau. Ada yang tersenyum kambing dalam isu ini yelah siap
gaduh dengan bapak menteri lagi.
CNN menjadi
kutukan warga Malaysia amnya kerana dikatakan memberi maklumat yang tidak telus
dan sengaja jadi batu api dalam beberapa isu kehilangan pesawat Malaysia.
Mungkin sengaja atau tidak CNN sendiri
mengemukakan teori-teori yang pada pandangan umum amat menyakit hati. Malaysia
pusat latihan pengganas?Al –Qaeda? Muslim-terrorist? Ini lah spekulasi CNN
(+FBI) yang mengguris hati rakyat
Malaysia amnya. “Motif CNN? “Hanya tuhan yang tahu..
Terima Kasih. Ucapan terima kasih diucapkan kepada
para-para petugas pencarian MH370.
Ada yang berpendapat tak perlu terima kasih sebab dah memang jadi tugas mereka.
Pada hari-hari biasa mereka ini cuma rilek-rilek jer dalam kem tiba-tiba bila
sekali sekala buat kerja kenapa nak kena puji dan terima kasih pulak? Aku
memang kurang senang bila ada yang beri komen negatif sebegini. Cuba kalau kita
mengadu letih bekerja hari tu tiba-tiba kawan-kawan mula berkata ‘alah ko
hari-hari rilek jer baru kali ni buat kerja mengeluh pulak’. Macam mana panas
tak telinga? Kalau sabar pun dalam hati mesti terbakar juga kan? Ok contoh
kedua; andaikata kunci kereta hilang lalu ditanya pada kawan-kawan serumah
(rumah bujang) dan semua buat endah tak endah ja jawab, apa perasaan korang?
Andaikata kawan korang yang tengah rilek tu membantu mencari bersungguh-sungguh
walaupun tak jumpa, apa perasaan korang masa itu? Mesti terharu punya betul
tak? Ungkapan terima kasih wajar diberi pada sesiapa sahaja yang membantu..’orang berbudi kita berbahasa’.
Berbalik
kepada tajuk , Malaysia sedang dinilai dari hari pertama kehilangan MH370. Kita
dinilai dari setiap sudut. Integriti Malaysia dipertaruhkan
samada rela atau tidak. Hubungan dua hala Malaysia-China juga
diuji ketika ini, silap langkah buruklah hubungan dua-hala ini (pengamatan
peribadi aku). Berita penculikkan dipulau peranginan di Sabah melibatkan warga
China bisa menggeruhkan hubungan
Malaysia-China jika silap ditangani.Negara-negara lain juga sedang menilai negara kecil Malaysia
ini tentang kemampuan kita membuat keputusan, keupayaan kita, sistem pertahanan
negara, tahap keselamatan, MAS dan sebagainya. Sememangnya kita sedang dinilai dan peristiwa ini ada
pengajarannya…
-wassallam-
Sendiri komen sendiri tanggung..
-Apa yang
dipaparkan disini adalah apa yang pernah keluar dimedia dan sedikit sentuhan pendapat
peribadi aku sendiri. Tiada niat tersembunyi, #Pray4MH370
semua mata memerhatikan Malaysia..pelbagai spekulasi, pelbagai teori...semuanya dianggap misteri. Mudah-mudahan misteri ini akan ada jawapannya nanti.
BalasPadamYe..Semoga terungkai segalanya...
PadamKo lupa nk ulas pasal statement Najib yg MH370 'berakhir' di Lautan Hindi. Media menyiarkan statement itu sbg 'terhempas'. Kerajaan tak ulas apa2 tapi hanya selepas seminggu apabila warga China termasuk juga artis2nya menghentam Malaysia sebab statement itu dikeluarkan tanpa ada sebarang bukti sampai ke hari ini maka kerajaan Malaysia mula marah dan ugut nak saman media yang kononnya salah lapor. Ko juga patut ulas pasal kelemahan DCA dan Ministry of Defence dalam menangani isu ini. Juga maklumat laluan MH370 yg tidak selari antara yg disebarkan kepada media dan yang diserahkan kepada kerajaan China...
BalasPadamYe ye byk nak buat laporan sebenornya
PadamBanyak spekulasi yang berlaku tapi dalam banyak spekualsi yang berlaku aku tertarik dengan spekulasi yang mengtakan MH370 telah dihijack oleh negara kuasa besar atas sebab tertentu.
BalasPadamTunggu dan lihat
Padam