#100 peluangtercipta
Assalamualaikum..salam satu dunia..
Entri ini adalah entri yang ke-100 buat aku. So aku akan
bercerita panjang lebar sikit, mungkin ada yang akan terlena dibuai mimpi
membaca karangan aku ini. Apa yang hendak aku paparkan adalah berkisar tentang
aku dan dunia blogging dan ianya adalah bersiri..he he
Mari bersoal jawab..
Soalan 1 – siapakah weschairs? Adakah ini nama sebenar anda?
Jawapan – weschairs ini
adalah nama pena yang aku gunakan dialam maya ini. Nama weschairs ini telah wujud
sewaktu zaman MIRC tengah famous dulu.
Inilah nickname yang aku gunakan.Kalau nak citer lebih lanjut akan jadi
panjang pulak jawapan aku ini. Jadi kesimpulannya ianya bukan nama sebenar.
Soalan 2 – jadi siapa nama sebenar anda?
Jawapan – nama sebenar…err..gagap juga aku nak jawab
ni..nama aku agak panjang dan bagi setengah-setengah orang ianya adalah ganjil
dan keganjilan ini mengundang pertanyaan dan pertanyaan kadangkala merimaskan
aku pulak. .boleh panggil aku Shahril cukupla,ini yang dipanggil kaum-keluarga..walaupun
kengkawan memanggil aku dengan nama yang lagi satu.
Soalan 3 – Kenapa
buat blog? Best sangat ke?
Jawapan – aku pernah melihat dalam kaca TV seorang OKU yang
obsess dengan blog hingga menimbulkan tanda-tanya buat aku. Best ker? Dari situ
pun aku menanam minat aku untuk mencuba membina blog aku sendiri. Kalau nak tau
sebab musabab yang lebih terperinci boleh baca di www baca di SINI. Ini entri
lama aku; aku dah citer sikit dulu.
Soalan 4 – Pencapaian blog anda?
Jawapan – wah pendeknya soalan ye. Okay, alhamdullilah bolehla. Aku
pernah dapat tiket percuma bernilai rm 186 untuk artikel yang aku terbitkan.Dapat
jemputan dari nuffnang untuk seminar 2hari satu malam di rumah panjang Awana
Genting bertemu blogger2 hebat(aku x pergi sebab aku sibuk menghabiskan tiket
percuma yang aku dapat) Satu pencapaian
yang menggembirakan aku juga waktu itu walaupun usia blog tidak sampai setahun
pun pada masa itu. Dalam contest iPhone 5 anjuran Denaihati.com yang aku join pencapaian SEO dikalangan 85 peserta aku telah mendapat tempat ke-12. Ini pun
membanggakan aku juga seorang peserta berstatus PR-0..heheh.
Soalan 5 – selain dari itu ada lagi tak yang boleh anda
banggakan.
Jawapan – ada. Tetapi ini bukanlah pencapaian bagaimanapun
boleh dikatakan menggembirakan hati aku jugakla.
Soalan 6 – teruskan..
Jawapan – baiklah. contohnya SWIFT CODE, korang tahu tak? Suatu ketika dulu aku mengalami
kepayahan untuk membuat pemindahan wang dari
luar negara ke akaun bank diMalaysia. Setiap bank mempunyai kod nya
tersendiri. Punya lah susah nak cari..jadi aku abadikan kod kod ini kedalam
blog aku.Jadi bila ada yang menggunakan data yang diambil dari blog aku
tentulah aku gembira. Lagi satu bila ada yang mohon untuk share info, memang aku
tak kisah dan aku lagi suka. Contohnya info TERAPI WARNA, ianya memang karya original aku ketika aku menghadiri
kursus Stress Management dulu. Bab-bab ilmu ini tak bolehla aku nak kedekut,
betui tak.
Soalan 7 – status anda bujang atau suami orang?
Jawapan – isskh baru nak tanya? Apa punya soalan ini.
Soalans 8 – err jawapan anda..
Jawapan – seorang suami yang penyayang…he he
Soalan 9 – terima kasih kerana beri kerjasama dan share
sedikit info dengan para pembaca
Jawapan – yelah
-tamat satu episod ….bersambung…..
jumpa lagi..
gambar bawah tu gambar bro kot...tunggu episod seterusnya nanti...heeee
BalasPadamEnsem tak? He he
PadamBagus bro. Rajin tulis blog ada jgk pekdahnya. Mudah tulis blog yg santai dan berinformasi ni. Org suka baca. Tak sama ngan tulis artikel2 yg berat2. Nk tulis makan masa sbb nk perah idea. Dah tu org malas nk baca sebab isi kandungan buat sakit kepala
BalasPadamHarap bro boleh menyumbang...
Padamwah ada entri memperkenalkan diri yer...hehe. ok puteri tunggu sambungannya :)
BalasPadamOk tunggu tau
Padamcepat-cepat sambung :)
PadamSalam Perkenalan. Pertama kali singgah sini, kebetulan entri tentang pengenalan diri. Dapat tahu terus owner ni seorang misteri gak...hehe
BalasPadamYe terima Kasih sudi singgah..xder la misteri sangat..salam perkenalan jugak dari saya
PadamWa'alaikumussalam :)
Padam