Gerbang Malam dan Pasar Karat
Ipoh (Loking)
Ok kalau tengok tajuk aku kat atas tu rasa-rasanya dah boleh
agak lokasi kita kali ini. Bila sebut berjalan di Ipoh rata-ratanya akan
berkerut dahi memikior (cakap perak
da) apa yang ada di Ipoh? Benar, ramai yang akan tertanya-tanya benarkah ada tempat
yang menarik di Ipoh dengan mengatakan Ipoh tempat yang membosankan.
Orang Ipoh jangan marah-marah pulak ye bukan aku yang kata tau..
Oklah kalau tak tau nak pusing mana-mana apa kata try jenguk
dua tempat ini : gerbang malam dan Loking (Loken).
Ipoh dikelilingi banjaran gunung dan bukit batu kapur
Gerbang malam terletak di jalan Tahwil Azhar waktu
operasi jam 9 malam sampai jam 1 pagi. Apa yang sempoi sangat? Iskh janganla
tanya camtu; berkonsepkan ‘uptown market’, gerbang malam menjanjikan kelainan membeli-belah
diwaktu malam. Best tak best ikut penilaian korang jela tapi sekurang-kurangnya
boleh cuci-cuci mata tengok barangan yang dijual dan ada juga aktiviti diwaktu
malam yang boleh dikunjungi di gerbang malam. Barangan yang dijual disini sudah
tentu berlainan dengan uptown market ditempat lain. Cermin mata, minyak wangi,
cincin-cincin, pakaian, refleksologi, karya seni seperti lukisan atas papan,
khat dan macam-macam lagi. (Jarak lebih kurang 1km luasnya).
Suasana dikala hujan di gerbang malam
Malam aku singgah diGerbang Malam hujan turun agak lebat so
pengunjung beberapa kerat jela tetapi aku singgah jugak.
Waktu operasi: 9
malam hingga 1 pagi
Jalan Tahwil Azhar
(Pintu Gerbang Malam)
Loking(loken)
Pasar Loking ini merupakan tempat yang aku sangat rekomenkan
untuk sesiapa yang berkunjung ke Ipoh. Sebut Memory Lane,Loking,Lock kin,Loken,Jalan Horley, Pasar Karat semuanya
merujuk tempat yang sama. Bila disebut pasar karat ramai akan teringatkan ‘Rope
walk’ atau jalan Pintal tali diPulau Pinang. Adakah sama? Ye lebih kurang
jugala tetapi Loking ini lima kali ganda besar berbanding ‘Rope walk’ di Pulau
Pinang. Memang jenuhla (kata orang
utara) nak meronda disini.
Apa yang ada disini? Ok aku senaraikan serba-sedikit yer :
basikal-basikal lama beserta geran, gramoxhone, barangan antik tembaga,
radio-radio lama, kipas lama,pakaian-pakaian baru serta bertaraf bundle,
tudung-tudung, udang kara, anak-anak ikan, penutup radiator, koleksi Coca-Cola,
koleksi Milo, akar-akar kayu, selimut bundle,langsir bundle, madu gunung,minyak
lintah gunung, buah tunjuk langit,minyak enjin,cermin mata baru dan lama,barangan
kulit seperti beg, tali jam, tali-pinggang, aneka jenis pisau,gerai-gerai
makanan dan macam-macam lagi….Amacam menarik tak?
Koleksi milo dan coca-cola pun ada disini
Madu gunung (keras macam plastik)
Barangan audio dan visual
Seawal pagi lagi aku terlihat beberapa group jurugambar
tengah standby dan membahagi tugas untuk menjelajah masuk Loking ini. Aku pulak
kalau dah asyik tengok barang jarang
pulak aku nak amik gambar, maafkan aku ye, kadang-kadang terasa segan jugak nak
amik gambar guna handphone ini J.
Pintu gerbang Memory Lane
Waktu operasi : 7
pagi hingga 1 petang
Tempat : Jalan Horley
(Gerbang Memory Lane)
Asal-usul nama Loking
Mengikut ceritanya..
Lokasi lama pasar ini berdekatan dengan Bazar Lam Look King (jalan
laxamana) dan dipanggil pasar lam looking time dulu-dulu
kerana dekat dengan bazaar ini. Setelah
diubah ke tempat sekarang ini pun nama itu terus kekal. Ramai yang panggil loken tetapi aku lebih selesa panggil
loking. Sejarah ini ramai yang tidak tahu bila aku bertanya beberapa rakan aku
yang berasal dari sana (Ipoh).
Tips dan lain-lain
Bagi yang ingin
bermalam disini dinasihatkan carilah hotel-hotel yang berdekatan dengan kawasan
ini. Gerbang Malam dan Pasar Loking ini lokasi antara satu sama lain agak
berdekatan juga. Terdapat banyak hotel disini antaranya Hotel Lotte,D’Eastern
Hotel, Grandview Hotel, Tune Hotel, dan banyak lagi. Biasanya aku tak letak
nama-nama hotel ini yelah promosi percuma pulak untuk diaorang tetapi kesian
kat korang aku letak jugak la kang tercari-cari pulak. Sekitar kawasan tu
memang banyak hotel yang boleh dipilih, yang diberi diatas tu mungkin boleh
diguna dalam gps sebagai panduan kesana. Kalau duduk berdekatan kawasan ini
memang best, jalan kaki dari hotel terus ke kawasan loking dan aku mengesyorkan
untuk bersarapan pagi disana memang sedap-sedap sarapan yang disediakan disitu.
Ada nasi lemak, sup gearbox, mee kari ipoh,char
keow teow, satay dan macam-macam lagi.
View dari atas hotel waktu pagi
Lain-lain tempat menarik berdekatan:
Taman D.R. Seenivasagam
(taman awam) – boleh rilek petang-petang bersama keluarga dan berkelah.Ada
kolam ikan kap jepun (koi) Taman mini konsep jepun dan lain-lain.
Stesen Keretapi Ipoh
– ala-ala binaan Taj-mahal kata orang, cantik untuk diambil gambar dan terdapat taman mini disitu
Dataran Ipoh –
bergambar , waktu malam ada gerai-gerai menjamu selera disitu
Medan Selera Dato’
Tahwil Azhar (Taman Kanak-kanak) – Satay Endut dan Popiah SS Ali paling
famous kat situ. Kawasan ini juga
dikenali dengan gelaran’ TKK.’
Muzium Darul Ridzuan
- Santai bersama keluarga atau sorang –sorang
he he
Alamat : Jalan Panglima Bukit Gantang
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari 9 pagi hingga 5 petang kecuali
hari Jumaat dan khamis setengah hari.
Ok tempat-tempat
berdekatan tu dalam radius 15km dengan kawasan Loking ini untuk
memudahkan korang berjalan dekat-dekat situ sahaja. Ada lagi tempat-tempat
menarik di Ipoh seperti Gua Lang,
Lost World of Tambun dan sebagainya
(yang aku sebut ini aku pun tak sampai lagi tau). Insyaallah jika berkesempatan
mungkin sampai juga suatu hari nanti.
Moh ke Ipoh!!
Rasanya bukan jamu mata je ni, mesti ada barang-barang yang terminat....
BalasPadamHe he mesti beli la juga
Padambelum pernah lagi pergi sana..kalau pergi ipoh nanti leh la puteri singgah :)
BalasPadamYe singgah jgn x singgah
Padambila pergi ipoh baru leh singgah..hehe
PadamAda lagi tempat menarik. Dekat riverfront. Mlm2 lgi best
BalasPadamAda lagi tempat menarik. Dekat riverfront. Mlm2 lgi best
BalasPadamTerima Kasih Farid kerana sudi berkongsi maklumat
PadamAda lagi..!!Gua Kek Look Tong dan Gua Sam Poh Tong antara tmpt riadah dan jurugambar kreatif mncuba kamera mereka..Selain itu, Taman Herba Botani, Taman D.R Seenivasagam, Tambun Hot Spring, Bukit Kledang, Tasik Cermin yg tersembunyi.. Air Terjun Ulu Kinta, Air Terjun Chepor,Air Terjun Meru, Air Terjun dan Kolam air panas Keramat Pulai ( Lubuk Timah) serta bnyk lagi...tpt2 bermakna ..
BalasPadamTerima Kasih kerana berkongsi tempat2 menarik disekitar ipoh
PadamGerbang Malam itu beroperasi bmula jam 6 ptg-12tgh malam dan ada kalanya sehingga jam 2pagi pd hari biasa dan cuti sekolah namun d ambang perayaan..ia beroperasi sehingga 3/4 pagi.. Banyak pilihan pakaian itk kaki shopping fesyen2 terkini dan yg terkemuka...;-)
BalasPadamSiapa yang pergi sana wajib singgah ni :)
Padam