Kandungan ini sensitif kepada yang tak suka!!
Kenali dan fahami Syiah
Kebelakangan ini
banyak cerita Syiah yang kita dengar walaupun benda ini dah lama wujud malah
sangat lama. Pada tahun lepas rakan aku Abdul Rahman (krupkraps) pernah
menyuarakan kebimbangan beliau terhadap pengaruh Syiah ni. Wajah kurang senang
juga terpamir diwajah beliau apabila Iran disanjung oleh masyarakat kita dan
tanggapan Iran adalah wira dunia Islam. Menurut beliau pengaruh Syiah memang
wujud dan berkembang diMalaysia. Aku selalunya akan mengganguk dan mendengar
sahaja sebarang komen dan kini atas dasar tanggungjawab maka aku buat satu
entri tentang Syiah. Walaupun banyak blogger dah buat tetapi aku buat jugak
sebagai penyumbang bahan bacaan yang sedia ada.
Paparan dibawah
merupakan suatu perkara perkongsian makumat dari seorang hamba Allah dan
gabungan idea aku sendiri. Jum baca..
SIAPAKAH
SYI‘AH?
Syi‘ah ialah
golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.
Mereka juga mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang. Inilah
perkarapokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang
lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya
masing-masing mempunyai konsep mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan
memberikan tumpuan kepada Syi‘ahImamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12)
kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung
dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah.Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh
para ‘ulama’ di setiap tempat. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular
terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.
SYI‘AH
IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah
Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik
oleh Allah secara
berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi
Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali
(wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali
(wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal
‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad
al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq
bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim
bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha
bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad
al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin
Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali
al-‘Askari (wafat 260 H)
"Individu
yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi
imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat
sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa
a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku
menjadi anak tuhan)."
Golongan Syi’ah
ini dinamakan Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah kerana akidah utama mereka adalah
kepercayaan kepada 12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga
dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah
kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq.
Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan
‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.
Mereka percaya
Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit
sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan
sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum
kiamat).Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan
al-Qur’an, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman
r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak
berdosa) para imam. Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas
kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman
ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan
cetak, teknologi internet,orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran
atau yang datang dari Iran dan sebagainya. Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar
luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan
peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut
Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah
Persekutuan, Selangor dan lain-lain.
ANTARA
AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM
AGAMA SYI‘AH - Mengkafirkan
Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri
yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna
meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi mengemukakan saturiwayat
berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di
zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabis.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui
wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal
64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat
telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari
mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab:
“Miqdad bin al-Aswad,Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.”(ar-Raudhah Min
al-Kafi, jil. 8 hal 245)
AGAMA ISLAM -
Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran.
Antaranya: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan
memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar"
dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan
taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia
menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya selamalamanya;itulah kemenangan yang
besar”.(at-Taubah 100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti
mengingkari al-Quran.
AGAMA
SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai
Sifat-SifatKenabian Bahkan Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi.
Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid
al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang
Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia
wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang
nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja
atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan
lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu
mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini,Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91)
Khomeini berkata lagi: "Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang
terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi
lagi rasul". (Al-Hukumah al-Islamiah – hal 52) merekabermakna menafikan
‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah
berfirman: “NabiMuhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu,
tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab40)
AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’
Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya
tersembunyi. Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada' ialah ilmu Allah berubah-ubah
berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata lain, Allah mengetahui
sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah
jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa
Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam
sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam
dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa
hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun
berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu
seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah
hal. 84).
AGAMA ISLAM- Ilmu
Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang
perubahan kepadanya mengikutperistiwa yang berlaku kepada manusia. Allah
menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran al-Karim: "Allah mengetahui pengkhianatan
(penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan
apa yang tersembunyi didalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah
ilmunya meliputi segala sesuatu”.(Al-Talaq 12).
AGAMA SYI‘AH - Taqiyyah
(Berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak
dapat dipisahkan dariajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta
dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya taqiyyah di sisi
Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang
dikemukakan oleh al-Kulaini: Abu Umar al-A'jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s.
berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh
daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak
mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu,kecuali dalam
masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di
antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq
a.s. kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya
engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh
Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akandihina oleh Allah.” (Al-Kafi jil. 2,
hal. 222)
AGAMA ISLAM -
Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia
menjadi salah satu syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak
beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.” (Riwayat ImamAhmad). Kerana
itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan
oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam
Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang
lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, as-Suyuti, Tadrib
Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)
AGAMA SYI‘AH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan
Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada agama mereka
beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan
berada di tangan umat Islam sekarangtelah diselewengkan dan ditokok tambah.
Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan: “Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah
telahsepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir
yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran
(An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30). Pegangan tersebut adalah
berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam
maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan)
di dalam al-Quran.
AGAMA ISLAM-
Ulama-ulama Islam sepakat bahawa kepercayaan bahawa al-Quran telah
diselewengkan adalah satu kekufuran.
Ibnu Qudamah
berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya
orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu
kalimah yang disepakati bahawa ia adalah al-Quran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab
Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).
AGAMA SYI‘AH - Menghalalkan
Nikah Mut'ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama
Islam. Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi,
untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan sedikit maskahwin sahaja dengan tiada
sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan
dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286). Malah perempuan yang ingin
dimut`ahkan tidak perlu ditanya samaada isteri orang atau tidak.Perkahwinan ini
semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga
seribu wanita (Wasaailu AsSyiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada
Muhammad Al-Baqir berkenaan mut'ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripadaempat
(isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan
yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284).
Tidak menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman.
Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan darikalangan kami orang
yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La
Yahduruhu al-Faqih jil.3 hal458)
AGAMA ISLAM - Nikah
Mut'ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan
pelacuran di samping
merendahkan
martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w buat selamalamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits
sahih sebelum Baginda wafat melalui beberapa orang sahabat dan salah seorangnya
adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w.
melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan
daging keldai kampung." (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasa’i)
Kaabah puak syiah..perkataan Ali tertulis diatas sekali
Menjawab
Propaganda (Perangkap) Syiah:
Hanya
Iran & Syiah mampu melawan Amerika & Zionis. Hakikatnya,
Iran & Syiah yang membantu Amerika menakluki Iraq. Presiden Iraq yang
beragama Syiah, menyambut mesra Presiden Obama semasa melawat Iraq. Iran juga membantu
Amerika menggulingkan Taleban diAfghanistan.
Mereka
yang menentang Syiah sebenarnya ingin memecahkan perpaduan dalam Islam. Hakikatnya
kaum Syiah yang memecahkan perpaduan dan memporak-perandakan Islam. Contohnya,
Presiden Basyar al-Asad yang beragama Syiah membunuh sewenang-wenangnya
rakyatnya yang Sunni. Puak Hizbullah menyusup masuk ke Syria untuk sama-sama
membantai kaum Sunni dan Iran membekalkan senjata pada Syria.
Al-Quran
yang dibaca di Iran adalah sama seperti yang ada pada orang Sunni. Sememangnya
Syiah tidak dapat mengemukakan al-Quran yang lain pada masa ini, tetapi Syiah
mendakwa dalam kitab mereka bahawa al-Quran yang lengkap dan benar berada di
tangan Imam Mahdi yang belum muncul. Sehinggalah Imam Mahdi muncul, kaum
Syiah terpaksa menggunakan al-Quran yang sedia ada.
Bagaimana
Ajaran Syiah Disebarkan Dalam Masyarakat
1. Menghantar
pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta
2. Menaja atau menggalakkan
pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran atau mendapat latihan kemahiran di Iran
3. Mengubah teks
kitab-kitab ulama muktabar tanpa disedari seperti meletakkan "a.s."
selepas nama Sayyidina Ali
4. Menyiarkan
artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
5. Menyebarkan
risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam. Unsur-unsur Syiah juga
diselitkan dalam
bentuk pemberian
cenderamata seperti penanda buku, sampul kad raya, rantai kunci, kalendar dan
lain-lain
6. Mendekati dan
mempengaruhi penulis-penulis novel / sejarah terutama novelis atau penulis
dalam sejarah Islam
7. Menyertai
expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam dan menggalakkan hubungan
dagang dengan Iran
8. Menyusup masuk
dan bergerak aktif di dalam jemaah-jemaah Islam bertujuan mendakyahkan
ahli-ahlinya ajaran Syiah
9. Menganjurkan
kelas-kelas tahfiz dan melibatkan diri dalam sistem pengajian tersebut
10. Mengedarkan
filem-filem propaganda syiah yang antara lain intipati utamanya adalah
memburuk-burukkan sahabat Nabi s.a.w.
11. Berkahwin
dengan pemuda-pemudi Sunni
12. Bergerak aktif
di radio dan tv samaada sebagai penceramah jemputan atau pemanggil. Mereka juga
aktif menyebarkan dakyah Syiah di alam siber dan berdebat di forum-forum sunni
Amalan-amalan Syiah yang bertentangan dengan agama dan fitrah
manusia(berdasarkan kitab Syiah)
*Imam Ja’far
as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada
segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man LaYahdhuru al-Faqih
j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)
*Abu Hasan a.s.
berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur,dubur ditutup oleh
dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka
auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam
j.1 hal. 374)
*Imam Hassan
al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para
imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui
rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah
yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al Anwar hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)
*Khomeini
berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri
pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11
hal. 241)
*Abu Hasan
bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan
kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al-Istibsar j. 3
hal. 141)
*Memenuhi kehendak
syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk,mengacukan kemaluan kepaha
kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan.
(Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)
*Tafsiran pelik
Syi’ah antaranya ayat 19 & 20 surah ar-Rahman yang bermaksud:“Dia biarkan
air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula
bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing
tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al- Qummi
menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah
dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummijil.
2 hal.345)
Lafaz kesaksian Syiah
Awas kandungan yang mengelirukan dalam buku agama terbitan pengikut Syiah
Terbaru surah al-Ikhlas bertukar jadi surah al- Assad (terjemahan x perlu la kot)
Implikasi
Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama
Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi
gambaran yang buruk.
Kerajaan:
Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan
dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
Ummah:
Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan
ummah seperti yang berlaku di Syria.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan
lain-lain.
“Perbualan bersama Amar”
Aku ada berbual tentang perkara ini..banyak
pendapat yang diberi. Aku juga ditanya oleh saudara Amar (bukan nama sebenar)
tentang Syiah dan aku cuma jawab sekadar yang aku faham. Beliau berkata masalah
Syiah memang dah lama, dari zaman para sahabat lagi dan wujud atas rasa simpati
kepada Saidina Ali yang ditipu oleh Muawwiyah. Maka mereka merasa wajar
mempertahankan Ali r.a . Ujar Amar lagi Yusuf
Qardawi ada berkata terdapat mazhab dalam Syiah yang hampir sama dengan
Islam cuma berbeza sedikit sahaja (entah ya atau tidak aku pun tak tahu
statement ini) jadi secara kesimpulannya Amar berkata: Syiah bukan wujud masa
sekarang tetapi sejak zaman para sahabat lagi, waktu itu pun tak dapat selesai
apatah lagi sekarang. Apa yang penting ialah menyelesaikan salah paham lampau
ini barulah selesai masalah. Ujar beliau lagi berdasarkan pandangan Yusuf
Qardawi tadi maka siapalah kita nak menghukum mereka ini SESAT.Cuma pembunuhan
yang berlaku sekarang ialah dari mazhab Syiah yang fanatik ini,itu sahaja yang
menambah masaalah.. –tamat perbualan- Yang terbaru (laporan akbar) Yusuf
Qardawi sendiri mula mengecam Hizbollah yang mana suatu ketika dulu disokong
oleh beliau kini beliau menyifatkan Syiah itu ibarat syaitan yang bertopengkan
manusia..
Sebenarnya ramai jugak yang berfikiran seperti Amar
yang aku jumpa…
“Apa fikiran anda?”
Pandangan aku : aku
tidak bersetuju, aku tak nampak apa yang sama kecuali cara pemakaian mereka.
Syiah wajar ditolak sebagai
pegangan.
Pandangan lain : bagaimana nak hukum mereka ini murtad sedangkan mereka bukannya Islam
sama sekali..-ini pun betul jugakkan.
p/s : aku harap dapat membuka mata dan menambah pengetahuan tentang
Syiah kepada anda yang membaca..bagaimanapun aku bukanlah orang yang benar2
arif tentang bab ini jika terdapat salah dan silap fakta minta
dibetulkan..wassallam..
-perkongsian amat dialu-alukan
jadi, adakah org2 berfhmn syiah : murtad as itu agama yg sst.?
BalasPadamcurrently blur, request fer an answer.
Sesat sebenar benar sesat
PadamKalau org islam yg beralih kepada syiah kebarangkalian murtad sudah pasti berlaku..hendaklah segera bertaubat
BalasPadampatut awal-awal lagi pihak berkuasa banteras dari sebelum ia berkembang... sekarang ada yang terdiri dikalangan profesional yang berkuasa.
BalasPadambenar saya setuju..
PadamBaik cegah sebelum parah...
BalasPadamTindakan tegas perlu diambil
Padamdengarnya semakin ramai pengikut Syiah diM'sia, Alhamdulillah penerangan hal Syiah pun dah makin banyak didedahkan.
BalasPadamsemoga kita semua tak terpengaruh.
Moga dilindungi
Padamoooo bahaya klu tidak diterangkan kpd kanak2
BalasPadamPenguatkuasaan dan pemantauan berterusan yang perlu kita buat dan mencegahnya dari merebak
Padam