SEMBANG KOSONG SELEPAS RAYA
Assalamualaikum..
“SELAMAT HARI RAYA”
Sebulan berpuasa
menahan hawa nafsu, lapar dan dahaga diraikan pada hari raya. Selepas hari raya
pasti ada yang pegang kalkulator mengira berapa duit yang habis dan berapa yang
tinggal. Kalau tiada kalkulator pegang kepala pun jadilah kan sambil buat
kira-kira.Memang lumrah
kita akan dengar statement duit habis
banyakla, budget larilah dan macam-macam lagi.Seharusnya kita sentiasa beringat
untuk menyimpan sedikit untuk digunakan selapas hari raya. Ini bukanlah nasihat
tetapi amaran supaya tidak timbul kesusahan selepas ketawa riang ibarat
riang-riang..he he..
Ini kali
ke-enam aku bekerja dihari raya..pasti ada yang tertanya-tanya, anggota
keselamatan ke aku ini? Kalau anggota keselamatan pun takkan sampai enam kali
bekerja dihari raya? Telahan anda silap, aku bekerja disebuah syarikat
multi-nasional yang kaya raya. Adakah raya sudah jadi tidak penting pada aku?
Kalau itu telahan anda, silap juga..RAYA SANGAT PENTING..aku tidak pernah
menidakkan kepentingan beraya ini..yelah time inilah nak makan puas-puas kan he
he time nilah nak jumpa sepupu-sepapat yang lama tak jumpakan.Time inilah kita
akan menziarahi kubur tak kira lah kubur arwah ayah, arwah tok atau arwah ibu..time
inilah baru kita akan jejak kaki dan mengingati pencipta manusia itu
sendiri.
Bagi yang
mula bersekolah cerita tentang raya pasti berminggu-minggu tak habis. Yang mana
kuih banyak akan mula dikongsi berhari-hari disekolah mahupun ditempat kerja.
Macam mana korang pulak? Habis dah ke kuih tu?
Entri Pantun Lawak Hari Raya 2013 aku mendapat hits yang sangat
tinggi..alhamdullilah gembira jugala hati den ni..yelah boleh pecah otak tau
nak cari idea.Sesiapa yang baca entri aku tuh terima kasih banyak-banyak,
sokongan anda amat dihargai. Korang jangan marah pulak baca entri aku ini, nama
pun sembang kosongkan??Kan?? InsyaALLAH tahun depan aku nak cuti puas-puas he
he….
p/s: maaf gambar kurang menarik..
p/s: maaf gambar kurang menarik..
Thumbs up utk mereka yg bekerja di hari raya..bukan semua yg sanggup..ada yg dh dpt cuti terus sambung lg seminggu dua..apa pun bila dah meraikan aidilfitri ni jgnlah main mercun sampai tk ingat dunia fikirkan hati perasaan jiran..selamat hari raya&maaf zahir batin.
BalasPadamYe betul jugak
Padamselamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin :)
BalasPadamYe sama sama lah kita beraya
Padambanyak pengalaman bro tak beraya dikampung ni...selamat hari raya dan maaf zahir batin.
BalasPadamEr..xpa dah biasa...selamat hari raya kembali..
Padam