Kalau Aku Kaya..Kalaulah..

 KALAU AKU KAYA

Kalau aku kaya hari-hari hari raya, bil-bil jiran keluarga selamba aku belanja..itu kata Awie Rafael dalam lagunya yang tengah hit masakini. Kalau ada yang termasuk blog aku sebab tengah cari lirik lagu KALAU AKU KAYA nyanyian Awie Rafael ni, maafkanlah daku kerana tiada lirik atau download untuk lagu KALAU AKU KAYA ini tau. Korang termasuk ke sini disebabkan SEO aku yang power ni kih kih (aku melawak jer ni).

KALAU AKU KAYA menjadi tajuk entri blog DENAIHATI yang ditulis oleh NurainiHuda@hudamcgyver dan tajuk ini menjadi pilihan buat aku untuk mendapat DUIT RAYA dari siapa lagi kalau bukan DENAIHATI juga. Dengan syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti maka aku pun tergerak hati untuk turut serta kali ini. Ok jum baca apa yang aku nak cerita buat semua pembaca budiman.

KALAU AKU KAYA, barangkali disekolah rendah akan ada guru yang menyuruh anak muridnya membuat tajuk yang macam ini. Harap-harap cerita aku dapat melangkaui standard sekolah rendah ini walaupun tak banyak beza. Kalau diberi markah mungkin akan kurang sedikit yelah kesalahan tatabahasa akan berlaku apabila aku menulis mengikut gaya aku berblogging..harap maklum

KALAU AKU KAYA, kaya disini bermaksud sangat kaya bukan kaya sedikit, kaya melebihi tahap jutawan mungkin sama dengan Bill Gate. Perkara pertama aku hantar ibu aku menunaikan haji, barangkali aku juga akan turut serta. Bab-bab lain rumah dan keperluan asas jangan ditanya dah tentu bertukar dari kecil kepada besar, sedikit kepada banyak, suram kepada terang dan macam-macam lagilah.


beautiful house
mungkinkah ini rumah aku? (gambar hiasan)


peluang dapat kereta
Hadiah harijadi untuk insan tersayang..kalau aku kaya


KALAU AKU KAYA, aku menubuhkan yayasan kebajikan dimana memayungi rumah-rumah anak yatim, orang kurang upaya dan orang tua. Dengan kekayaan aku ini juga akan ku tubuhkan hospital yang tidak berasaskan keuntungan dimana cuma harga kos yang perlu dibayar dan mana-mana yang tidak mampu satu dana akan ditubuhkan khas untuk membiayai orang-orang yang benar-benar memerlukan khidmat perubatan.

KALAU AKU KAYA, adakah aku akan berblogging lagi? Mungkin ya dan mungkin tidak. Jawapannya tunggulah KALAU AKU KAYA nanti he he. Kalau ya sebagai jawapan, mungkin wajah blog aku akan berubah menjadi blog pelancongan. Yelah duit banyak mestilah aku melancong kesana sini betul tak? Korang semua mesti terliur punya kalau tempat yang aku pergi tu cuma dalam mimpi jer korang pernah sampai, tetapi aku dah sampai. Mesti banyak entri pasal tempat-tempat yang aku melancong ni. Jangan mare ye..

KALAU AKU KAYA, aku akan punya seekor kuda yang putih berkilau. Diwaktu petang aku menunggang kuda keliling kawasan rumah sambil main lompat pagar cam dalam TV tu, maklumlah kawasan rumah aku ni boleh tahan luas jugak. Kalau aku tak keluar negara melancong mungkin aku keluar bersiar-siar sekali sekali sekala dalam bot mewah yang aku beli. Sesekali mungkin aku memancing diatas bot mewah ini bersama rakan-rakan baik aku. AKU KAYA tetapi aku bukan lupa diri dan kawan-kawan tau.

KALAU AKU KAYA, iskh cukuplah kot kang ada yang mencebik muka baca entri aku yang tak habis-habis sebut KALAU AKU KAYA KALAU AKU KAYA. Semua yang aku paparkan diatas ini anggaplah sebagai bacaaan hiburan semacam mana korang layan lagu AWIE RAFAEL tu yer. Bukan riak atau takbur ini hanyalah rekaan semata-mata harap tiada pihak membenci diri ini…

Entri diDENAIHATI http://denaihati.com/kalau-aku-kaya boleh baca jugak untuk perbandingan cerita.


p/s: kalaulah aku kaya..


Ulasan

  1. salam..singgah sini n balas kunjungan dari
    http://www.madrasahkehidupan.com/2013/08/google-dah-memudahkan-kerja-mengdelete.html

    BalasPadam
  2. terbaiklah cita-cta hebat ni. dan bilion terima kasih diucapkan kerana menyertai kontes contest #‎DuitRaya‬ dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.

    BalasPadam
  3. salam...hai..KALAU AKU KAYA, aku pun akan buat macam engko..haha cuma aku tak nak kudaa..aq gantikan dgn rabbit dan hamster..jadi kalau ikut ayat ko tu,aku gantikan dgn rabbit dan hamster

    "KALAU AKU KAYA,aku akan punya rabbit dan hamster yang putih berkilau. Diwaktu petang aku menunggang rabbit dan hamster keliling kawasan rumah sambil main lompat pagar cam dalam TV tu, .."

    HAHA mohon jgn mengamuk tuan belog,aku gurau sajee..selamat hari raya ampun maaf dipintaa

    BalasPadam
  4. Salam...menarik gak erk tajuk entri kali ni..klw aku kaya..apa yg akan dilakukan..byk pekara yg kita inginkan..tp apa yg sepatutnya ialah sentiasa mensyukuri nikmat yg Allah SWT berikan..sentiasa beringat akan segala kenikmatan bisa ditarik semula..

    BalasPadam

Catat Ulasan