Easter Island : Legenda patung berkepala yang sebenarnya mempunyai tubuh badan

Easter Island - Buka minda

Easter  Island
Pernah pergi Easter Island? Tak pernah? Pernah dengar  patung kepala disana? Pernah bukan?Amboi banyak betul soalan aku ini. Oklah back to the topic; Easter Island ini memang terkenal dengan patung-patungnya (mungkin juga berhala).
Sepertimana yang ramai tahu di Easter Island terdapat beberapa patung yang menampakkan kepala. Legenda ini kekal sekian lama sehingga ada beberapa pengkaji yang tetiba tergerak hati nak korek (maaf bahasa pasar) kerana sifat ingin tahu. Akhirnya terbongkar jua rahsia dan misteri patung ini. Rupa-rupanya memang ada badannya.

Para pengkaji ini merahsiakan nama mereka, bagaimana pun penemuan ini disebarkan melalui internet. (Untuk maklumat pembaca; info ini agak lama aku simpan kira2 lama jugakler). Kiranya dah lama dah, aku tak pasti samada ada blogger lain pernah publish info ini.



Saintis di easter island

Sedikit sejarah..
Pulau Easter ini dijumpai di lautan pasifik (pacific) oleh penggembara Belanda (Dutch) Jakob Roggeveen pada hari Ahad 1722 jatuh pada hari easter orang kristian (boleh agak dah asal-usul nama pulau inikan?). Ia kemudian menjadi jajahan Chile pada tahun 1888.
Banyak perdebatan berlaku tentang apa yang berlaku disini. Dikatakan suatu ketika dulu pulau ini didiami oleh kira-kira 4,000 orang; yang kemudiannya lenyap. Teori terkini yang hampir pada logik (aku ringkaskan data-data aku ini) ialah ianya dilanda Tsunami besar yang melenyapkan kesemua makhluk dipulau ini dan patung ini sebenarnya bukanlah ditanam tetapi dibaluti lumpur akibat tsunami yang akhirnya cuma bahagian kepalanya sahaja  yang kelihatan!

Ok cukupla kot serba sedikit maklumat ini, jom layan gambar..



peluangtercipta blogspotPulau EasterPeluangtercipta.blogspot.com



penampakan tubuh badan patung easter

Selamat membaca..

Ulasan

Catat Ulasan